Media Release

PLUS CLOSES SOUTHBOUND LANES FOR UPGRADING WORKS

PLUS CLOSES SOUTHBOUND LANES FOR UPGRADING WORKS

KM50.15 to KM46.50 right lane between Simpang Renggam & Sedenak closed 

Petaling Jaya, 20 December 2020:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) places high priority on safety and continuously seeks to improve safety on all its highways. Among the safety initiatives identified is the installation of concrete median barriers to replace the current median steel guardrails to prevent cross bound incidents by heavy vehicles.

To enable this upgrading work to be carried out smoothly, the right lane at the designated stretch will be temporarily closed and supported by a traffic diversion exercise.

As such, to facilitate the construction of the median concrete barriers targeted to be completed next year, the right lane between Simpang Renggam and Sedenak at KM50.15 to KM46.50 will be closed to all vehicles for 4 months from 11:00 am on 21st December 2020 (Monday) to 4th April 2021 (Sunday). 

Throughout this period, traffic on the affected stretched will be redirected to the left lanes and emergency lanes.

All highway customers heading south are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the traffic conditions via CCTV feeds, while adhering to traffic signages and instructions by PLUS personnel when passing through the said stretch.

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this 4-month upgrading period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all, as we usher in the New Year with happier and higher spirits.

 

PLUS TUTUP LORONG KANAN KE SELATAN UNTUK KERJA NAIK TARAF

Lorong Kanan di antara KM50.15 dan KM46.50 di laluan Simpang Renggam-Sedenak ditutup

Petaling Jaya, 20 Disember 2020:- Dari masa ke masa, pelbagai usaha dilakukan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya kendaliannya. Salah satu inisiatif tersebut adalah dengan menggantikan penghadang jalan besi di bahagian tengah lebuh raya kepada tembok penghadang konkrit secara berperingkat bagi mengelakkan insiden kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf penghadang jalan dilaksanakan, lorong kanan di laluan yang terbabit perlu ditutup sementara dan sedikit lencongan jalan perlu dilakukan.

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf penghadang jalan dilaksanakan, lorong kanan di antara Simpang Renggam dan Sedenak di KM50.15 hingga KM46.50 akan ditutup selama 4 bulan kepada semua kenderaan mulai jam 11:00 pagi, 21 Disember 2020 (Isnin) sehingga 4 April 2021 akan datang.

Sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuhraya sepanjang tempoh penutupan lorong dan kerja menaiktaraf selama 4 bulan ini. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua ketika kita melangkah ke Tahun Baru.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles