Media Release

PLAN YOUR JOURNEYS WITH PLUS CHRISTMAS & NEW YEAR HOLIDAY TRAVEL TIME ADVISORY

PLAN YOUR JOURNEYS WITH PLUS CHRISTMAS & NEW YEAR HOLIDAY TRAVEL TIME ADVISORY

Petaling Jaya, 18th December 2020:- Highway customers planning to take a road trip to celebrate Christmas and New Year or “balik kampung” are advised to plan their journeys ahead. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is issuing its’ Travel Time Advisory (TTA) for customers travelling on the North-South Expressway (NSE) between 22nd December 2020 until 19th January 2021.

The TTA focuses on traffic distribution and is aimed at reducing traffic congestion on the highway, most notably at major stretches, toll plazas and rest areas this festive period. 

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “Based on the TTA, highway customers from the Klang Valley heading towards further destinations such as Perlis, Kedah, Penang, North Perak and Johor are advised to enter the highway before 9am. Those heading to destinations closer to the Klang Valley or other states are advised to enter the highway after 12pm.”

“While those from Perlis, Kedah, Penang, North Perak, Johor and other states travelling to the Klang Valley during the same period are recommended to enter the highway before 9am,” added Datuk Azman. 

“We strongly encourage the public to closely follow the TTA schedule as they stand a better chance of experiencing a smoother journey as well as to avoid congestion,” he concluded.

"PLUS, also expects an increase up to 30 percent of traffic or 1.7 million vehicles on every peak day as compared to 1.3 million vehicles on normal days to utilize all PLUS-operated highways in conjunction with the Christmas and New Year festive season," explained Datuk Azman.

“It is indeed a blessing to be able to travel home to celebrate Christmas and New Year with your loved ones, but we are still under the Covid-19 pandemic situation. As such, we advised all our customers to adhere with all health and safety procedures throughout their journey by wearing face masks, register via MySejahtera Apps, maintaining physical distancing and practising good personal hygiene. For every festive season, PLUS has also initiated various strategies to cope with the traffic increase to strengthen highway operations to ensure our customers’ safety, comfort and convenience journey during the holidays including at the Rest & Service Areas (R&Rs),” reminded Datuk Azman. 

Therefore, drivers are advised to practise safe driving, considering the recent spell of rainy weather throughout the country. Please also ensure your vehicles are ready and in good condition before starting your journey, always wear front and rear safety belts, do not stop on the emergency lane unnecessarily and obey the speed limit on the highway.

In addition, to help make their travel more convenient, PLUS strongly recommends customers to ensure their Touch ‘n Go cards and e-Wallets have sufficient balance at all times. There are over 13,000 locations nationwide to help highway customers reload their cards early.

Highway customers are also encouraged to utilize the Pre-Order service via PLUS Apps for take away meals available at its R&Rs for more comfortable experience and convenience to highway customers stopping by at the R&Rs.

PLUS also advises highway customers to get the latest traffic updates on the highways from the PLUS app, PLUSTrafik Twitter, PUTRI chatbot (a real-time customer texting interface), highway electronic message boards and the toll-free PLUSLine 1800 88 0000. They are also advised to use mobile navigation apps such as Waze and Google Map to plan their journey during this festive season.

 

RANCANG PERJALANAN DENGAN JADUAL PERJALANAN PLUS SEMPENA PERAYAAN KRISMAS & TAHUN BAHARU

Petaling Jaya, 18 Disember 2020:- Pelanggan lebuh raya yang bercadang untuk bercuti bagi meraikan perayaan Krismas dan Tahun Baharu atau pulang ke kampung dinasihatkan supaya dapat merancang perjalanan lebih awal di lebuh raya. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan yang melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 22 Disember 2020 hingga 19 Januari 2021.

Jadual TTA ini merupakan salah satu langkah untuk menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan terutama di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat dan rawat pada musim perayaan ini. 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “Berdasarkan TTA yang dikeluarkan, pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang atau lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 12 tengah hari.”

“Sementara itu, orang ramai daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Johor dan lain-lain negeri yang menuju ke Lembah Klang bagi tempoh yang sama, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi,” tambah Datuk Azman.

“Kami amat menggalakkan orang ramai mengikuti jadual perjalanan yang disarankan untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar, sekaligus mengurangkan kesesakan,” ujarnya.

“PLUS juga menjangkakan peningkatan trafik sehingga 30 peratus atau kira-kira 1.7 juta kenderaan pada waktu puncak setiap hari berbanding 1.3 juta kenderaan pada hari-hari biasa akan menggunakan lebuh raya kendalian PLUS sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang akan datang,” jelas Datuk Azman.

"Memang gembira kerana dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan Krismas dan Tahun Baharu dengan orang tersayang, namun kita masih lagi berada di bawah situasi Covid-19. Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi semua Prosidur Kesihatan dan Keselamatan sepanjang perjalanan mereka di lebuh raya dengan memakai pelitup muka, mendaftar menerusi Aplikasi MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri. Pada setiap kali musim perayaan, PLUS juga telah mengatur pelbagai strategi untuk menghadapi peningkatan trafik dengan meningkatkan operasi lebuh raya bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan selesa termasuk di kawasan rehat dan rawat,” kata Datuk Azman. 

Sehubungan itu, pemandu juga diingatkan supaya memandu dengan selamat dan lebih berhati-hati berikutan musim hujan di seluruh negara pada ketika ini. Sila pastikan kenderaan anda diselenggara dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, sentiasa memakai tali pinggang keledar di tempat duduk depan dan belakang, tidak berhenti di lorong kecemasan sekiranya tidak perlu dan patuhi had laju ketika berada di lebuh raya.

Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihatkan pelanggan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-Wallet mereka mencukupi pada setiap masa. Terdapat kira-kira 13,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menambah nilai kad lebih awal.

Pelanggan lebuh raya juga disaran supaya membuat pra-pesanan makanan dan minuman menerusi Aplikasi PLUS untuk membawa pulang makanan untuk menikmati pengalaman yang lebih mudah dan selesa ketika berhenti rehat di R&R terpilih.

 Selain itu, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Aplikasi PLUS, twitter @PLUSTrafik, berinteraksi secara digital menerusi Chatbot PUTRI, papantanda elektronik lebuh raya atau menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000. Mereka juga disarankan supaya menggunakan aplikasi perjalanan Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan sebelum memulakan perjalanan.

 

 

 

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles