Media Release

PLUS ANTICIPATES HIGHER TRAFFIC OVER LONG WEEKEND IN SELANGOR & APPEALS TO ALL CUSTOMERS TO CAREFULLY PLAN THEIR JOURNEYS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is recommending all customers to plan their journeys ahead this weekend and ensure their Touch ‘n Go cards & e-Wallets are sufficiently reloaded to minimize disruptions and need for physical interactions. This advisory comes in anticipation of increased highway traffic in conjunction with the Sultan of Selangor’s birthday (Friday, 11th December 2020) also marking the first major travel window for Selangor residents since the lifting of inter-state travel restrictions announced by the Government last Saturday.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, assures that preparations are underway to welcome more highway customers this coming weekend. “PLUS is taking all necessary precautions to ensure our customers’ safety, comfort & convenience including at the Rest & Service Areas (R&R). I would like to appeal to all our customers to support PLUS’ efforts in ensuring compliance with all health & safety procedures throughout their journey by wearing face masks, maintaining physical distancing & practicing good personal hygiene. In order to promote safe physical distancing, we also recommend our customers to pre-order food & drinks using the PLUS mobile app.” Drivers are encouraged to use caution and to practice safe driving at all times, in light of the recent spell of rainy weather throughout the country. Azman also wishes all highway customers to stay safe and stay healthy.

PLUS advises for highway customers to plan ahead and ensure there is sufficient balance in both their TNG cards & e-Wallets. There are over 13,000 locations nationwide to help highway customers reload their cards early. For those travelling northwards, PLUS recommends that they set the auto-reload on their e-Wallets to facilitate a new, contactless experience via RFID currently available as part of public pilot at the Sungai Dua – Hutan Kampung stretch of PLUS as well as all Open System toll plazas nationwide. For more information on RFID availability at PLUS Open System toll plazas, please visit https://mx.touchngo.com.my/rfid-enabled-highways

PLUS encourages all customers to download the PLUS mobile app to facilitate their journey planning, with features such as live highway CCTV feeds and an SOS button to request for assistance in the event of emergencies as well as PUTRI, a real-time customer texting interface to assist with any enquiries & feedback. Alternatively, customers could also call the PLUSLINE via the toll-free number 1-800-88-0000 or send an e-mail with their enquiry or feedback to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

PLUS JANGKA TRAFIK DARI SELANGOR MENINGKAT HUJUNG MINGGU INI, SARAN PELANGGAN LEBUH RAYA RANCANG PERJALANAN DENGAN BAIK 

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan semua pelanggan lebuh raya supaya dapat merancang perjalanan lebih awal menjelang cuti hujung minggu ini dan memastikan kad Touch ‘n Go dan e-Wallet mereka mempunyai baki yang mencukupi untuk mengurangkan gangguan dan keperluan interaksi fizikal di plaza tol. Peringatan ini diberikan berikutan jangkaan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor (hari ini), sekaligus menandakan bermulanya pergerakan penduduk di Selangor sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan oleh Kerajaan sepertimana yang diumumkan Sabtu lalu.  

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail memberi jaminan bahawa segala persediaan telah dilaksanakan bagi menerima lonjakan trafik di lebuh raya menjelang hujung minggu ini. “PLUS mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R). Saya memohon kerjasama semua pelanggan untuk menyokong usaha PLUS dengan mematuhi semua Prosidur Kesihatan dan Keselamatan sepanjang perjalanan mereka di lebuh raya dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri. Untuk memastikan penjarakan fizikal dapat dipatuhi, kami menasihatkan pelanggan supaya membuat pra-pesanan makanan dan minuman menerusi Aplikasi PLUS.” Pemandu juga diingatkan supaya memandu dengan selamat dan lebih berhati-hati berikutan musim hujan di seluruh negara pada ketika ini. Datuk Azman juga berharap agar semua pelanggan dapat mengambil langkah yang sepatutnya agar sentiasa kekal selamat dan kekal sihat.  

PLUS turut menasihatkan pelanggan merancang perjalanan mereka lebih awal dan memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-Wallet mereka mencukupi. Terdapat kira-kira 13,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menambah nilai kad lebih awal. Bagi pelanggan yang menuju ke utara, PLUS menasihatkan agar mereka membuat tetapan tambah nilai e-Wallet secara automatik bagi menikmati pengalaman yang lebih positif menggunakan teknologi baharu tanpa sentuh secara RFID. Kemudahan pembayaran tol menerusi RFID (program perintis) kini boleh dinikmati di laluan di Sungai Dua-Hutan Kampung dan di semua plaza tol sistem terbuka di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat mengenai laluan yang menyediakan sistem pembayaran menerusi RFID di plaza tol sistem terbuka PLUS, sila layari pautan https://mx.touchngo.com.my/rfid-enabled-highways

PLUS juga menggalakkan pelanggan supaya memuat turun Aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan di lebuh raya. Aplikasi tersebut turut menyediakan paparan video CCTV lebuh raya dan butang kecemasan SOS bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan ketika kecemasan. Ia turut dilengkapi Chatbot PUTRI yang berinteraksi secara digital bagi mengendalikan sebarang pertanyaan atau maklum balas pelanggan. Secara alternatif, pelanggan boleh menghubungi PLUSLine di talian bebas tol di 1800-88-0000 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk pertanyaan atau maklum balas.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles