Media Release

PLUS LOOKS FORWARD TO WELCOME BACK HIGHWAY CUSTOMERS TO REST & SERVICE AREAS

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) welcomes back highway customers as the Conditional Movement Control Order (CMCO) by the Government was lifted at selected states on 7th December 2020, making interstate travel between Green zones permissible.

Highway customers planning to take a road trip over the weekends or simply to “balik kampung” are advised to stop every two (2) hours in order to avoid fatigue, which could result in microsleep, a major cause of road incidents. 

PLUS’s Rest & Service Areas (R&Rs) cater for a country on the move with clean and safe venues for customers to refresh and rejuvenate, especially during this rainy season. The R&Rs provide a hygienic and comfortable stopover for customers to enjoy a hot meal or use the public facilities i.e. Suraus and washrooms.

There is a wide array of choices for those traveling to the north as there are 12 R&Rs or 21 lay-bys namely Sungai Buloh Overhead Restaurant, Rawang, Tapah, Sungai Perak, Gunung Semanggol and Gurun R&Rs or Simpang Pulai or Bukit Gantang Lay-bys while those heading down south can safely take a break at over 12 R&R’s or 24 lay-bys, namely Dengkil, Seremban, Air Keroh, Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant, Pagoh, Machap and Gelang Patah R&Rs or Serdang or Nilai lay-bys.

“We are anticipating an increase in highway traffic during the upcoming long weekends, starting with the Sultan of Selangor’s birthday this Friday, followed by Christmas and New Year’s. Comparing with the CMCO period, our daily traffic was around one million vehicles and we may experience an increase of approximately 40% to 50% and we hope that this will also translate to customers stopping at our R&Rs to support the local business partners and buy local products,” said Christine Liew, Chief Commercial Officer of PLUS.

“To keep everyone safe, we appeal to all to adhere to the safety SOPs of wearing a face mask, registering on the MySejahtera app, checking temperatures at the designated points and keeping a safe distance of one-meter apart when lining up for food or using our facilities,” encouraged Christine.

Cleanliness and hygiene are of paramount importance to PLUS. Prior to the pandemic all R&R’s and lay-bys are routinely cleaned according to schedule. We have increased frequency and further stepped up all cleaning activities, including disinfection and sanitisation where necessary when news of the pandemic was announced.  

 “We are also pleased to invite all highway customers to stop by at any of our R&Rs during their journey and let our 600 business partners serve you with their variety of mouth-watering dishes. In addition, to celebrate 12th December and Christmas, we are also offering special promotions at selected R&Rs throughout the month of December until early January 2021. Find out more about these promotions and offers from PLUS Malaysia Facebook and Instagram pages,” explained Christine. 

 “There is also a pre-order function in the PLUS app, which enables food ordering from selected R&R’s, which is convenient for those on the go,” added Christine.

R&R PLUS MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN PELANGGAN LEBUH RAYA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan pelanggan melakukan perjalanan di lebuh raya berikutan keputusan Kerajaan kembali membenarkan perjalanan rentas negeri ke zon hijau bermula 7 Disember lalu, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Pelanggan lebuh raya yang bercadang untuk menikmati cuti hujung minggu atau pulang ke kampung dinasihatkan untuk berhenti rehat dan mendapatkan keperluan sekurang-kurangnya setiap dua (2) jam apabila memandu bagi mengurangkan keletihan, yang berpotensi menyumbang kepada microsleep, iaitu antara punca kepada insiden jalan raya. 

Kawasan rehat dan rawat (R&R) adalah lokasi yang disediakan kepada pelanggan lebuh raya berhenti mendapatkan rehat dan menyegarkan badan dalam suasana yang bersih selamat, terutama ketika musim hujan. R&R juga menyediakan kemudahan yang bersih dan selesa untuk pelanggan menikmati pelbagai juadah makanan atau menggunakan kemudahan awam seperti surau dan tandas. 

Terdapat pilihan bagi pelanggan yang menuju ke utara untuk berhenti rehat di 12 lokasi R&R dan 21 hentian sebelah antaranya Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Rawang, Tapah, Sungai Perak, Gunung Semanggol dan Gurun atau Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bukit Gantang, manakala bagi pelanggan yang menuju ke Selatan terdapat 12 lokasi R&R dan 24 hentian pilihan untuk berhenti rehat antaranya R&R Dengkil, Seremban, Air Keroh, Restoran Jejantas Ayer Keroh, Pagoh, Machap dan Gelang Patah serta Hentian Sebelah Serdang atau Nilai. 

“Kami menjangka akan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya menjelang cuti hujung minggu yang akan datang, bermula dengan cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada Jumaat ini, perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2021. Berbanding dengan tempoh semasa PKPB dilaksanakan baharu-baharu ini, jumlah trafik harian adalah sekitar satu juta kenderaan sehari dan dijangka meningkat di antara 40 peratus hingga 50 peratus. Kami berharap pelanggan akan berkunjung ke R&R, sekaligus menyokong rakan niaga dan membeli barangan tempatan,” kata Christine Liew, Ketua Pegawai Komersial PLUS. 

“Untuk memastikan keselamatan semua pihak, kami memohon kerjasama pelanggan untuk mematuhi Standard Operasi Prosidur keselamatan dengan memakai pelitup muka, mendaftar melalui Aplikasi MySejahtera bagi memudahkan proses pengesanan kontak, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal satu-meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R,” ujar Christine. 

Aspek kebersihan turut merupakan keutamaan kami. Sebelum wabak Covid-19 melanda, kesemua R&R dan hentian sebelah PLUS menjalani rutin pembersihan secara berjadual. Kami telah meningkatkan kekerapan aktiviti pembersihan termasuk melaksanakan sanitasi dan disinfeksi, sekiranya perlu apabila wabak Covid-19 melanda negara.   

 “Kami mengalu-alukan pelanggan lebuh raya supaya dapat singgah di mana-mana R&R yang disediakan di sepanjang lebuh raya. Dalam masa yang sama, 600 rakan-rakan niaga kami di R&R bersedia menyediakan pelbagai juadah istimewa yang boleh dinikmati ketika berhenti rehat di R&R. Sementara itu, bagi meraikan 12 Disember dan perayaan Hari Krismas, kami turut menawarkan promosi istimewa di beberapa R&R terpilih sepanjang bulan Disember sehingga awal Januari 2021. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa ini dengan melayari laman Facebook dan Instagram PLUS Malaysia,” jelas Christine.

“Di samping itu, pelanggan juga boleh membuat pra-pesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS daripada gerai terpilih yang lebih mudah untuk dibawa pulang,” tambah Christine.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles