Media Release

PLUS, THE FIRST HIGHWAY COMPANY TO WIN THE 2020 ASEAN ENERGY AWARD AND NATIONAL ENERGY AWARD

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) emerged as the first highway concession company to walk away with the coveted ASEAN Energy Award (AEA) 2020 recently. The award held virtually from Hanoi, Vietnam announced PLUS as the first runner up in the Energy Management of Large Building category, nestled between a leading Thai resort and hospital.

In the National Energy Awards 2020, the Ministry of Energy and Natural Resources (KeTSA) announced PLUS as the winner for Efficiency in Energy Management for Large Building Category. This was followed by TM Node in Skudai won the same award category for Small Building, while Top Glove F29 for Large Industry. 

 The NEA2020 winners were then nominated to the AEA2020, ASEAN level and PLUS competed against buildings predominantly from the Hospitality, Medical as well as Business sectors.

According to YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Minister of Energy and Natural Resources, “I hope that Winners of NEA2020 will generously share their best practices to inspire others to not only follow suit, but to take the lead in the adoption of Renewable Energy technologies and Energy Efficiency practices”. 

"This dual recognition is a testament to the sustainability initiatives that we have placed successfully in our 5-year plan named as PLUS Green Roadmap, which we launched in 2018 to transform PLUS into a green organisation", said Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS. 

“Our Green Roadmap drives PLUS’s strategy in preserving the environment over a period of five years, in the most innovative manner right up to the programme’s completion in 2022. The main objective is to impact operational excellence positively. We aim to increase competitiveness of PLUS expressway services through the deployment and implementation of contemporary green technology, relevant green practices and green culture that befits our industry,” explained Datuk Azman.

A key milestone of PLUS’s success is the efficient management of its headquarters’ electricity consumption. The Persada PLUS building, recorded a significant reduction in energy consumption and improvement of its Building Energy Intensity (BEI) by lowering its annual energy consumption to15% in 2019 as compared to its 2016 baseline.

“By transforming practice into culture through conducting energy saving awareness campaigns in tandem with energy management training we are confident of achieving our Green goals by 2022,” said Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer of PLUS and Chairman of PLUS’s Energy Management Committee (EMC).   

The implementation of the Energy Saving Measures (ESM) focusses on ZERO or low cost, medium and high cost energy saving measures initiatives. From LED retrofitting, Variable Frequency Drive (VFD) for main air-conditioning system, Rainwater Harvesting System, De-lamping exercise, installation of Solar PhotoVoltaic (PV) renewable energy system are signification measures that PLUS is prolifically installing to achieve the outcomes established in the Green Roadmap.

 

PLUS MALAYSIA MUNCUL SYARIKAT KONSESI LEBUH RAYA PERTAMA MEMENANGI ANUGERAH TENAGA ASEAN 2020

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul sebagai syarikat pengendali lebuh raya yang pertama memenangi anugerah berprestij, Anugerah Tenaga ASEAN 2020 baru-baru ini. Pada majlis yang dianjurkan secara maya dari Hanoi, Vietnam tersebut, PLUS muncul sebagai Naib Juara kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar di mana pemenang yang lain merupakan pusat peranginan dan hospital terkemuka dari Thailand. 

Terdahulu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menobatkan PLUS sebagai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) kategori Pengurusan Tenaga bagi Bangunan Besar sekaligus layak untuk mewakili negara ke peringkat ASEAN. Ini diikuti oleh TM Node Skudai (Kategori Bangunan Kecil) dan Top Glove F29 untuk Kategori Industri Besar. 

Di peringkat ASEAN, PLUS bertanding dengan pelbagai sektor lain seperti hotel, perubatan dan lain-lain lagi. 

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, “Saya berharap pemenang-pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan dapat berkongsi pendekatan yang telah diambil mereka dengan pihak-pihak lain selain daripada merintis jalan ke arah penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui dan penggunaan tenaga yang efisien.”

“Kemenangan berganda ini adalah pengiktirafan terhadap semua inisiatif kelestarian yang telah dilaksanakan di bawah pelan 5 tahun PLUS Green Roadmap kami yang telah dilancarkan pada 2018 untuk mentransformasikan PLUS sebagai syarikat hijau,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

“Pelan PLUS Green Roadmap mendorong strategi PLUS untuk memelihara alam sekitar dalam jangka masa lima tahun, dengan pendekatan yang paling inovatif sehingga tahun 2022. Objektif utamanya adalah untuk memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan operasi. Kami juga mensasarkan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lebuh raya PLUS menerusi pelaksanaan teknologi, amalan dan budaya hijau yang kontemporari dan relevan serta memberi manfaat kepada industri,” jelas Datuk Azman. 

 Pencapaian utama PLUS adalah melalui kecekapan pengurusan tenaga bagi penggunaan elektrik di bangunan Persada PLUS. Bangunan Persada PLUS telah berjaya mencatatkan pengurangan penggunaan tenaga dan menambahbaik Building Energy Intensity (BEI) dengan penurunan penggunaan tenaga tahunan kepada 15 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun 2016.

“Dengan mengubah amalan menjadi budaya melalui kempen kesedaran dan latihan penjimatan dan pengurusan tenaga, kami yakin dapat mencapai matlamat Hijau kami menjelang tahun 2022,” kata Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Tenaga syarikat ini. 

Pada masa yang sama, PLUS telah mengambil pelbagai langkah dalam mengurangkan penggunaan tenaga dengan memberi fokus terhadap usaha-usaha tanpa kos atau kos yang minima, kos sederhana dan tinggi menerusi pelbagai inisiatif seperti pemasangan lampu LED, Variable Frequency Drive (VFD) untuk sistem utama penghawa dingin, sistem penakungan air hujan (Rainwater Harvesting System), inisiatif nyah-lampu (De-lamping exercise), pemasangan sistem Solar PhotoVoltaic (PV) dan sebagainya. Kesemuanya adalah langkah signifikan dalam mencapai matlamat yang disasarkan dalam pelan PLUS Green Roadmap.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles