Media Release

PLUS ADVISES INTERSTATE TRAVELERS TO FOLLOW COVID-19 SAFETY SOPs DILIGENTLY AS CMCO IS LIFTED

PLUS  Malaysia Berhad (PLUS) supports the Government's decision to allow for interstate travel between green zones, as the Conditional Movement Control Order (CMCO) is lifted today.

As Malaysians plan for their highway journey, PLUS remains committed to provide customers a safe and comfortable travel experience.

"Many have downloaded the PLUS app which easily allows one to plan their journey and know the toll rate at their destination. It also provides a pre-order function to pick up one's favourite dish at selected R&Rs along the journey. Most importantly in case of any emergencies, our PLUSRonda patrol unit can be summoned for assistance with a push of a button within the app or you may call our 1800 88 0000 PLUSLine for help. Alternatively, PLUS Unique Texting Realtime Interface or  PUTRI, the first Artificial Intelligence Highway ChatBot, is at hand to answer all highway enquiries," reaffirms Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

The journey along PLUS 1,130km highway is served by 17 sections under 4 regions with a total of 572 PLUSRonda and highway safety crew on site to ensure the journey is safe and comfortable. 

With 29 Rest and Service Areas (R&R) and Overhead Bridge Restaurants (OBR) and 50 lay-bys, highway customers have the choice to take a journey break, refresh, rejuvenate and continue their journey after enjoying the F&B offerings by over 600 PLUS business partners.

While leniency is allowed with the uplifting of CMCO, the Covid-19 Coronavirus is very much prevalent in our midst. Hence, PLUS advises all customers to top up prior to entering the highway at over 11,000 Touch ‘n Go reload facilities at petrol stations, malls and convenience stores and bank ATMs to ensure there is sufficient balance to reach their destination safely. This simple pre-emptive act of contactless and cashless transaction will help in flattening the curve as transmission of the Coronavirus can be avoided. 

“In addition, PLUS encourages highway customers to travel responsibly during this pandemic situation. They can check out their destination status from Covid-19 perspective before they start their journey. The information can be obtained from the National Security Council (NSC) or MySejahtera Apps,” reminded Datuk Azman. 

PLUS and its’ on ground highway frontliners will take care of you and your loved ones every step of the way and our only ask is that the NSC and KKM SOPs of wearing facemask, physical distancing, using hand sanitizers and temperature taking as well as registering in MySejahtera for contact tracing when stopping at R&Rs, OBRs, Laybys be adhered to strictly.

 

PLUS NASIHAT ORANG RAMAI YANG MELAKUKAN PERJALANAN RENTAS NEGERI SUPAYA TERUS PATUHI SOP COVID-19 BERIKUTAN PKPB DITAMATKAN

 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan keputusan Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri di antara zon hijau apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan hari ini.

Ketika rakyat Malaysia merancang semula perjalanan di lebuh raya, PLUS menyatakan komitmennya untuk terus membantu menyediakan perjalanan yang selamat dan selesa.

“Ramai yang telah memuat turun Aplikasi PLUS yang membolehkan mereka merancang perjalanan serta mendapatkan kadar bayaran tol ke destinasi mereka. Aplikasi ini juga membolehkan pelanggan untuk membuat pra-pesanan makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang terpilih sepanjang perjalanan. Lebih utama, aplikasi ini juga membolehkan pelanggan mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda sekiranya berlaku kecemasan di lebuh raya selain menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. Selain itu, chatbot pertama lebuh raya, PUTRI (PLUS Unique Texting Realtime Interface) juga turut bersedia berinteraksi untuk menjawab semua pertanyaan tentang lebuh raya PLUS,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Perjalanan pelanggan di sepanjang 1,130 kilometer lebuh raya kendalian PLUS dibantu oleh 17 seksyen dan 4 wilayah operasi dengan kehadiran 572 anggota PLUSRonda serta pasukan keselamatan lebuh raya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Dengan 29 R&R dan 50 hentian sebelah, pelanggan lebuh raya berpeluang untuk berhenti rehat dan menjamu selera dan mendapatkan pelbagai juadah makanan dan barangan daripada 600 rakan niaga PLUS.

Walaupun sedikit kelonggaran diberikan apabila PKPB ditamatkan, virus Covid-19 masih lagi berada di sekeliling kita. Oleh itu, PLUS menasihatkan semua pelanggan lebuh raya supaya membuat urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal sebelum mereka memasuki lebuh raya di 11,000 kaunter tambah nilai yang disediakan di stesen minyak, pusat membeli-belah, mesin ATM dan sebagainya bagi memastikan mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan mereka. Langkah mudah ini dapat menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai yang berperanan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Dalam masa yang sama, PLUS mengalakkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan agar lebih bertanggungjawab semasa situasi wabak Covid-19 ini. Pelanggan lebuh raya boleh menyemak status destinasi yang dituju daripada perspektif Covid-19 sebelum memulakan perjalanan mereka. Maklumat tersebut boleh didapati menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Aplikasi MySejahtera,” ujar Datuk Azman. 

PLUS dan pasukan barisan hadapan lebuh rayanya sentiasa komited menjaga pelanggannya sepanjang perjalanan. Pada masa yang sama, PLUS mengingatkan pelanggan lebuh raya supaya sentiasa mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, membersihkan tangan menggunakan pencuci nyah kuman, mengambil bacaan suhu badan serta mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera apabila singgah di R&R, hentian sebelah dan restoran jejantas di sepanjang lebuh raya.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles