Media Release

PLUS, PENGENDALI LEBUH RAYA PERTAMA MERANGKUL ANUGERAH PEMANGKIN DIGITAL 2020 OLEH IDC MALAYSIA

PLUS, THE FIRST HIGHWAY CONCESSIONARE AWARDED THE ‘2020 DIGITAL TRANSFORMER’ BY IDC MALAYSIA

 

Petaling Jaya, 2nd November 2020: - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) was recognized as the 2020 Digital Transformer; one of the top awards winners by IDC Malaysia at the 4th IDC Digital Transformation Awards (DX Awards) on 12 October, recently. PLUS is the first highway concessionaire in the country to receive the award that recognizes outstanding organizations for being able to successfully implement digital initiatives on meeting new customer requirements, developing new capabilities, ensuring new critical infrastructures and participating in new industry ecosystems.

 

“Being a champion for this prestigious award means we are working as hard, maybe even harder than our industry peers and it is a recognition of our Digital Transformation efforts. We will ensure continuous improvements are being taken along with the process to provide innovative products and give the best experience in customer service while keeping the safety of our customers a priority,” explained Shamsul Izhan Abdul Majid, PLUS Chief Technology and Innovation Officer.

 

PLUS digital transformation project, Toll of Tomorrow: PLUS Towards the Smart Highway, was selected among over 1,300 high-quality entries received from more than 640 end-user organizations across Asia/Pacific.

 

As the focal point of its digital transformation, PLUS implemented several projects under the Toll of Tomorrow campaign, an initiative which aims to modernize the existing expressway and tolling systems. Among the projects are:-

 

  1. PLUS built its Data Lake which serves as the foundation for advanced analytics and data science to address rising customer expectations. Employees at all levels can utilize data for fast, conclusive decisions and continuous delivery of innovative products and services.

 

  1. Other initiatives include the ‘PUTRI’ chatbot which has reduced workloads of PLUS traffic call centre personnel by enabling road travellers to receive real-time information on traffic, toll fares, reward points, promotions and events.

 

  • Finally, the PLUS mobile app delivers better care and services to customers traveling on PLUS highways. The app provides a journey planner to travellers where they can access camera feeds, toll fares information, and live incident notifications along the highway.

 

“The Digital Transformer award reflects our 101% digital transformation efforts for the organization. It is one of a catalyst for our future digital transformation plans to establish and strengthen our infrastructure to further improve, further research and produce innovative products and services in the areas of mobility and highway industry across the country,” added Shamsul Izhan.  

 

PLUS' Toll of Tomorrow had resulted in a 4-point increase in the 2019 Customer Service Index and almost 350,000 total downloads of the PLUS app from the end of 2018 to 2020. By adopting new technologies, we’re able to connect, reach and communicate to even more customers segments easily and providing our products and services faster than ever before.

 

Other winners for Malaysia include Ministry of Health Malaysia, Affin Bank Berhad, Celcom Axiata Berhad, CIMB Bank Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN), IOI Corporation Berhad and Star Media Group Berhad, who all distinguished themselves with notable and measurable success in the execution of their organization’s digital transformation (DX) initiatives across the five DX masteries and significant efforts to transform or disrupt the market.

 

The seven award categories in IDC DX Awards are Digital Transformer, Digital Disruptor, DX Leader, Information Visionary, Operating Model Master, Omni-Experience Innovator, Talent Accelerator, DX CEO and DX Gamechanger.

 

PLUS, PENGENDALI LEBUH RAYA PERTAMA MERANGKUL ANUGERAH PEMANGKIN DIGITAL 2020 OLEH IDC MALAYSIA

 

Petaling Jaya, 2 November 2020: - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah diktiraf sebagai Pemangkin Digital (Digital Transformer) 2020; salah satu penerima anugerah tertinggi oleh IDC Malaysia pada Anugerah Transformasi Digital IDC (Anugerah DX) 2020 yang ke-4 pada 12 Oktober lalu. PLUS merupakan syarikat pengendali lebuh raya pertama di Malaysia yang meraih anugerah ini atas kecemerlangan organisasi tersebut melaksanakan inisiatif digital untuk memenuhi keperluan baharu pelanggan, memacu kemampuan, memastikan infrastruktur kritikal dan menyokong ekosistem industri baharu.

 

“Dinobatkan sebagai pemenang anugerah berpresti ini membuktikan bahawa kami telah berusaha keras, mungkin lebih gigih daripada rakan industri lain dan merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan atas usaha Transformasi Digital kami. Kami akan memastikan penambahbaikan berterusan sentiasa dilaksanakan sepanjang proses menyediakan produk-produk inovatif dan memberi pengalaman terbaik dalam perkhidmatan pelanggan di samping mengutamakan keselamatan pelanggan kami di sepanjang perjalanan mereka,” jelas Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi PLUS, Shamsul Izhan Abdul Majid.

Projek transformasi digital PLUS iaitu Toll of Tomorrow: PLUS Towards the Smart Highway telah terpilih di antara lebih 1,300 penyertaan berkualiti tinggi yang terdiri daripada lebih 640 organisasi dari seluruh Asia/Pasifik.

 

Bagi tumpuan transformasi digitalnya, PLUS telah melaksanakan beberapa projek di bawah kempen Toll of Tomorrow, iaitu inisiatif yang bertujuan untuk memodenkan sistem lebuh raya dan sistem tol. Antara projek tersebut adalah:-

 

  1. PLUS membina Penyimpanan Data (Data Lake) yang berfungsi sebagai asas kepada analitik canggih dan data saintifik untuk menangani kehendak pelanggan yang kian meningkat. Warga kerja merangkumi seluruh peringkat dapat memanfaatkan data tersebut untuk membuat keputusan dan tindakan yang pantas, muktamad serta penghantaran produk dan perkhidmatan inovatif secara berterusan.

 

  1. Selain itu, inisiatif menerusi 'PUTRI', chatbot pertama industri lebuh raya yang berjaya mengurangkan beban kerja bagi petugas Pusat Kawalan Trafik PLUS (TMC) dengan menyediakan maklum balas untuk pelanggan lebuh raya berkaitan maklumat trafik terkini, kadar tol, mata ganjaran, promosi dan insiden.

 

  • Akhirnya, aplikasi mudah alih PLUS Mobile App terus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang menggunakan lebuh raya PLUS. Aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi untuk pelanggan lebuh raya merancang perjalanan di mana mereka dapat mengakses imej kamera CCTV, maklumat kadar tol dan pemberitahuan insiden semasa di sepanjang lebuh raya.

 

"Anugerah Pemangkin Digital ini mencerminkan 101% usaha transformasi digital kami demi syarikat. Ini adalah salah satu pemangkin kepada rancangan transformasi digital demi mewujudkan dan memperkukuhkan infrastruktur pada masa hadapan agar dapat terus ditambahbaik, kajian berterusan serta menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih  inovatif dalam bidang mobiliti dan industri lebuh raya dalam negara,” tambah Shamsul Izhan.

 

Kempen Toll of Tomorrow PLUS telah mendorong kepada peningkatan 4 mata dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan 2019 dan hampir 350,000 jumlah muat turun aplikasi PLUS Mobile App telah direkodkan dari akhir tahun 2018 hingga 2020. Dengan mengadaptasi teknologi terkini, PLUS telah dapat berhubung, mendekati dan berkomunikasi dengan lebih ramai pelanggan daripada pelbagai segmen dengan lebih mudah serta dapat menyediakan produk dan perkhidmatan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

 

Antara syarikat lain di Malaysia yang turut mendapat pengiktirafan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Affin Bank Berhad, Celcom Axiata Berhad, CIMB Bank Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN), IOI Corporation Berhad dan Star Media Group Berhad, yang telah mencapai kejayaan tersendiri dan dapat diukur menerusi pelaksanaan inisiatif transformasi digital (DX) organisasi mereka yang merangkumi lima penguasaan DX serta usaha penting untuk mengubah atau menggendalakan pasaran (disrupt the market).

 

Antara tujuh kategori yang tersenarai bagi Anugerah IDC DX adalah Digital Transformer, Digital Disruptor, DX Leader, Information Visionary, Operating Model Master, Omni-Experience Innovator, Talent Accelerator, DX CEO dan DX Gamechanger.

 

 

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles