CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL ORDER IN SELANGOR, KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA AUTHORITIES SET UP ROADBLOCKS ON PLUS HIGHWAY

As part of the Government’s initiative to combat the recent resurgence of Covid-19 cases, a Conditional Movement Control Order (CMCO) is implemented until 27th October 2020.

The CMCO is aimed at helping to flatten the curve within Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. To ensure that unauthorised travelling across district and state is restricted at the CMCO areas, 9 roadblocks have been set up so far on PLUS highways by the relevant authorities. 

Currently, roadblocks are being conducted at critical toll plazas on PLUS highways along Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin and Seafield.

PLUS urges the public to stay home and reduce the exposure of any possible Covid-19 transmission and to comply in the true to the spirit of #KitaJagaKita, enabling frontliners to conduct their work safely and successful.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA SEKATAN JALAN RAYA DI LEBUHRAYA PLUS OLEH PIHAK BERKUASA

Sebagai salah satu pendekatan pihak Kerajaan untuk membendung peningkatan semula kes Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan sehingga 27 Oktober 2020.

PKPB dilaksanakan bagi membantu melandaikan lekuk kes Covid-19 di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi mengelakkan orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB, sebanyak 9 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dibuka setakat ini di lebuhraya PLUS oleh pihak berkuasa. 

Pada ketika ini, terdapat Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa laluan kritikal di lebuhraya PLUS iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Seafield.

PLUS menasihatkan orang ramai supaya terus kekal berada di rumah bagi mengawal penularan wabak Covid-19 bertepatan dengan semangat #KitaJagaKita, yang membolehkan petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan selamat.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles