Media Release

HEAVY VEHICLES BANNED FROM ENTERING PLUS HIGHWAY TODAY AND TOMORROW TO EASE TRAFFIC FLOW

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) confirms that the Ministry of Transport ban on all heavy vehicles at highways will take effect today (8/6) & tomorrow (9/6).

“We hope that this will ease some traffic congestion especially the climbing areas,” said PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi.

“Traffic from the North towards Kuala Lumpur is slow moving along the Seberang Perai area, from Taiping to Changkat Jering and the climbing area of the Menora Tunnel heading to Ipoh. Along the Gua Tempurung climbing area, from Tapah to Sungkai and Bukit Tagar to Sungai Buaya, traffic is also slow moving. While in the South, traffic traveling up to Kuala Lumpur is also slow moving along Sedenak, Senai and Simpang Renggam towards Ayer Hitam; including the Pedas Linggi climbing area toward Port Dickson," he added.

PLUS advises its customers to have a good rest while driving along its highway by taking 2 hourly intermittent breaks at its Rest & Service Areas (RSA) and laybys; including its Toll Plazas, which provides comfortable suraus for prayer and clean toilets to refresh.

Zakaria also re-emphasized the importance for motorcyclists to ride safely on their journey back to Kuala Lumpur, as the death toll of motorcyclists on PLUS highways is alarmingly high as compared to other vehicles.

LARANGAN KENDERAAN BERAT MEMASUKI LEBUHRAYA PLUS HARI INI DAN ESOK UNTUK MELANCARKAN PERGERAKAN TRAFIK

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia telah melarang semua kenderaan berat memasuki semua lebuhraya pada hari ini (8 Jun) dan esok (9 Jun).

“Kami berharap ia akan dapat membantu mengurangkan kesesakan terutamanya di laluan-laluan mendaki,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Zakaria Ahmad Zabidi.

“Pergerakan trafik dari Utara ke Kuala Lumpur adalah perlahan di Seberang Perai, Taiping ke Changkat Jering serta di kawasan mendaki dari Terowong Menora ke Ipoh. Pergerakan trafik turut perlahan di laluan mendaki di Gua Tempurung, Tapah ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya. Di sebelah Selatan, trafik yang menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan di Sedenak, Senai dan Simpang Renggam ke Ayer Hitam. Trafik turut bergerak perlahan di laluan mendaki di antara Pedas Linggi dan Port Dickson,” jelas Zakaria.

PLUS juga menasihatkan semua pemandu supaya mendapatkan rehat yang cukup dengan berhenti rehat setiap 2 jam di kawasan rehat yang disediakan di sepanjang lebuhraya. Surau serta tandas awam juga turut disediakan di plaza-plaza tol untuk pelanggan.

Zakaria turut menasihatkan penunggang motorsikal supaya lebih berhati-hati ketika pulang ke Kuala Lumpur memandangkan kadar kematian yang dicatatkan oleh penunggang motorsikal yang terbabit di dalam kemalangan adalah amat membimbangkan berbanding kenderaan lain.