Media Release

PLUS HANDS OVER 10 ENFORCEMENT VEHICLES TO RTD TO ENHANCE HIGHWAY SAFETY

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) today handed over 10 Honda CRVs to the Road Transport Department (RTD) as part of an effort to enhance safety on its highways. The vehicles, totaling RM1.3 million, were presented to the Deputy Director General of RTD, Tuan Zamakhshari Hanipah by PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail at Persada PLUS and witnessed by the Deputy Minister of Transport, Dato’ Haji Kamarudin Jaffar and PLUS Chairman, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim.

 

“The presentation of these vehicles will enable PLUS to improve safety on our highways through regular enforcement by the RTD. The handing over of the vehicles to the RTD is an initiative to assist the authority to carry out its monitoring and enforcement duties on the highways,” Azman explained.

 

The PLUS-RTD collaboration, as well as with other enforcement agencies and road safety initiatives implemented by PLUS saw a significant drop in the number of accidents on the North-South Expressway. A total of 14,532 was reported in 2016 and the figure was reduced to 13,269 in 2018.

 

“We also set up 2 RTD Enforcement Stations at our Dengkil and Gunung Semanggol Rest and Service Areas (RSAs) to assist RTD in conducting regular advocacy and road safety programmes on the highway. A third RTD Enforcement Station in Pagoh RSA will be opened soon,” Azman added.

 

Azman also announced that PLUS is funding the installation of 11 additional AWAS cameras at accident prone areas along the NSE within the next few months.

 

“The presence of authorities on the highways was able to reduce traffic offence such as misuse of emergency lane, reckless driving and over speeding,” explained Azman.

 

PLUS SUMBANG 10 KENDERAAN PENGUATKUASA KEPADA JPJ UNTUK MANTAPKAN OPERASI DI LEBUHRAYA 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini menyerahkan 10 buah Honda CRV kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan di lebuh raya. Kenderaan-kenderaan penguatkuasa dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Tuan Zamakhshari Hanipah oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di Persada PLUS dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Haji Kamarudin Jaffar dan Pengerusi PLUS, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim.

"Penyampaian kenderaan ini akan meningkatkan keselamatan di lebuh raya kami melalui penguatkuasaan secara kerap oleh JPJ. Penyerahan kenderaan kepada JPJ adalah inisiatif untuk membantu pihak berkuasa menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan di lebuh raya," jelas Azman.

Kerjasama PLUS-JPJ, serta agensi-agensi penguatkuasaan lain dan inisiatif keselamatan jalan raya yang dilaksanakan sendiri oleh PLUS, menyaksikan penurunan jumlah kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Sebanyak 14,532 kemalangan dilaporkan pada 2016 dan angka itu menyusut kepada 13,269 pada tahun 2018.

“Kami juga menyediakan 2 buah Stesen JPJ di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil dan Gunung Semanggol untuk membantu JPJ dalam menjalankan program advokasi dan keselamatan jalan raya di lebuh raya. Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga di R&R Pagoh akan dibuka tidak lama lagi," tambah Azman.

Azman turut mengumumkan PLUS membiayai pemasangan 11 kamera AWAS tambahan di kawasan berisiko kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

"Kehadiran pihak berkuasa di lebuh raya dapat mengurangkan kesalahan lalu lintas seperti penyalahgunaan lorong kecemasan, pemanduan tidak berhemah dan melebihi had laju," jelas Azman.