Media Release

MINISTER OF WORKS YB BARU BIAN LAUNCHES THE COUNTRY’S FIRST SOLAR POWERED R&R BY PLUS MALAYSIA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Northbound Machap R&R hailed as the Country’s first Solar Photovoltaics (PV) powered rest area in an event launched by Works Minister, YB Baru Bian together with the Ministry of Works Deputy Secretary-General, Dato’ Abdul Razak Jaafar, PLUS Chairman Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, Director-General of Malaysia High Authority, Dato’ Sr. Aziz Abdullah and PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, today.

"PLUS has invested over RM700,000 on the Solar PV as an alternative energy source supplying power to our Northbound Machap R&R. This is PLUS’ strategy and innovation drive to optimise the use of Green Technology in preserving the environment to impact positively on the Rakyat’s wellbeing,” said Tan Sri Sheriff, Chairman of PLUS. 

"In line with the Government’s initiatives to protect and preserve our environment through renewable energy, PLUS Green Roadmap has been designed to support that. We are committed to provide a positive and intuitive travel experience to our customers,” affirmed Tan Sri Sheriff

The Solar PV technology, with a capacity of 182 kWp (kilowattpeak), has been in operation at the Machap R&R since October 2018. The technology enables PLUS to save on electrical usage up to 51% at this R&R during daytime. 

Environmentally friendly, the Solar PV technology has contributed to lesser emission of carbon dioxide by 77 metric tons since its introduction. It also helps to address the ozone layer depletion.

The Solar PV panels were installed on rooftop of the main food court, walkways and covered bus parking bays at the rest area. 

PLUS Green Road map has ear-marked for the Solar PV panels to be installed at the Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant, Dengkil RSA (Northbound and Southbound), Gurun RSA (Northbound and Southbound), Gunung Semanggol RSA (Southbound), Tapah RSA (Northbound and Southbound) and Ayer Keroh RSA (Northbound) within the next 5 years. 

Its Green initiatives began when PLUS launched the first solar-powered Electric Vehicle Charging Station in the country at the Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant on December 13, 2018.

The Works Minister, who officiated the opening ceremony today, highlighted that the move is based on concept and principles of ongoing sustainable development. Citing long-term benefits for highway customers, he urged all relevant parties to take various measures and initiatives in sustaining Green Technology. The Minister, who applauded PLUS’ initiative, also encouraged other highway concessionaires to develop and apply green technology at their respective highways to preserve the Environment.

 

YB MENTERI KERJA RAYA LANCAR R&R BERKUASA SOLAR PERTAMA DI MALAYSIA 

R&R Machap (Arah Utara) di Lebuhraya PLUS kini muncul R&R pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga solar fotovolta. Majlis pelancaran teknologi tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Baru Bian di R&R tersebut hari ini. Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato’ Abdul Razak Jaafar, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Sr. Aziz Abdullah dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

“PLUS melaburkan kira-kira RM700,000 untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang membekalkan tenaga untuk R&R Machap (Arah Utara). Ini merupakan salah satu lagi pendekatan dan inovasi PLUS untuk memperluaskan Teknologi Hijau dalam usaha memulihara alam sekitar demi kesejahteraan rakyat,” kata Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim.

“Selaras dengan saranan Kerajaan untuk melindungi dan memulihara alam sekitar melalui penggunaan tenaga boleh baharu, Pelan Halatuju Hijau PLUS (Green Roadmap) telah dibangunkan bagi menyokong usaha tersebut. Kami komited dalam memberikan pengalaman perjalanan di lebuh raya yang lebih positif dan intuitif kepada pelanggan lebuh raya kami,” jelas beliau.

Teknologi solar fotovolta, yang direka dengan kapasiti sebanyak 182 kWp (kilowattpeak), telah mula beroperasi di R&R ini sejak Oktober tahun lalu dan berjaya membantu PLUS membuat penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 51 peratus pada waktu siang.

Dengan menggunakan sumber semulajadi yang lebih mesra alam, teknologi solar fotovolta ini turut menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 77 metrik ton sejak ia diperkenalkan. Ia juga turut membantu mengurangkan tahap penipisan lapisan ozon.

Panel-panel sistem solar fotovolta telah dipasang di bahagian bumbung R&R Machap (Arah Utara) yang melibatkan medan selera utama, ruang pejalan kaki dan kawasan parkir bas.

Berdasarkan Pelan Halatuju Hijau yang sedia ada, PLUS akan turut memperluaskan pemasangan panel solar fotovolta di kawasan rehat yang lain seperti Restoran Jejantas Sungai Buloh, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Dengkil (Arah Utara dan Selatan), R&R Gurun (Arah Utara dan Selatan), R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan), R&R Tapah (Arah Utara dan Selatan) dan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Inisiatif hijau PLUS bermula dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik berasaskan tenaga solar yang pertama di Malaysia di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) pada 13 Disember tahun lalu. 

Sementara itu, YB Baru Bian yang hadir merasmikan majlis hari ini turut menyuarakan pendapat bahawa kaedah ini adalah berasaskan konsep dan prinsip pembangunan lestari secara berterusan. Beliau percaya pelbagai langkah dan inisiatif perlu diambil oleh semua pihak dalam usaha untuk mengekalkan kemampanan Teknologi Hijau agar dapat memberi manfaat jangka panjang kepada semua pengguna lebuh raya. Selain itu, beliau juga menyeru kepada syarikat konsesi lebuh raya yang lain untuk sama-sama mencuba membangunkan teknologi hijau di lebuh raya masing-masing agar dapat membantu melestarikan alam sekitar dengan lebih luas untuk manfaat bersama.