Media Release

PLUS SEREMBAN R&R NORTHBOUND RECOGNIZED AS OVERALL BEST R&R AT PLUS INAUGURAL BUSINESS PARTNERS CONFERENCE

 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) today held its first ever business partner conference for more than 450 business partners nationwide and launched its Business Partner Incentive Programme (BPIP) in recognition of top performers. Present at this event was PLUS Chairman, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, Malaysian Highway Authority Director General, Dato’ Sr Aziz Abdullah and Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

In this auspicious conference, PLUS affirmed its commitment to take care of its business partners first, whose support enables PLUS to fulfil its core purpose of taking good care of its customers every step of the way. The BPIP is one of the key initiatives introduced by PLUS to celebrate the achievements and recognize business partners who put customers at the heart of everything they do 

This is reflected in their demonstration of high customer service excellence standards, food quality, compliance to SIRIM’s 5S quality standards and leading to the growth in their business.

The awards were presented for individual business owners as well as a Grand Prize for the Best Overall Performing R&R in Malaysia going to Seremban NorthBound R&R.

A total amount of awards and prizes worth more than RM70 000 were given out today with RM10,000 to the Best Overall Performing R&R. 

In keeping to the customers’ feedback about more choices and variety of food options, PLUS welcomed new retail brands such as Family Mart, Sushi King, Daily Fresh, Bon 900 Café and My Laksa adding to a total of more than 20 major F&B brands that are now operating at PLUS R&Rs and lay-bys.

“ On behalf of PLUS, we welcome the new brands to our family of excellence. The fact that these brands are happy to become our business partners says a lot about the quality of our highways and R&Rs,” said Datuk Azman.

“ The key component lies in the business partners that PLUS works with, for they are pivotal to the success as well as the happiness of those who patronize our R&Rs. Most importantly, PLUS provides a wide range of selection of retail offerings that is competitively priced and accessible to every Malaysian from all walks of life” stressed Datuk Azman.

PLUS is committed towards a continuous expansion of new commercial partners to suit the needs & wants of modern-day Malaysians highway travellers.

Today, there are more than 700 F&B outlets at all 24 PLUS R&Rs, 46 lay-bys and 4 overhead bridge restaurants, which offers a variety of food ranging from the well-loved local delicacies like nasi lemak all the way to international restaurant chains.

 

R&R SEREMBAN (ARAH UTARA) DINOBAT R&R TERBAIK PADA PERSIDANGAN RAKAN NIAGA PLUS YANG PERTAMA

  • PLUS Turut Meterai Perjanjian Dengan 5 Jenama Terkenal Untuk R&R

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) buat julung kalinya menganjurkan satu persidangan yang melibatkan lebih 450 rakan niaga dari seluruh negara dan memperkenalkan Program Insentif Rakan Niaga (BPIP) untuk memberi pengiktirafan kepada rakan niaga yang terbaik. Hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi PLUS, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Sr. Aziz Abdullah dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Persidangan bersejarah tersebut menyaksikan PLUS terus memberikan komitmennya dalam memberi perhatian terhadap rakan-rakannya, dalam merealisasikan matlamat syarikat ini menjaga pelanggan lebuhraya di setiap langkah sepanjang perjalanan mereka. BPIP juga meraikan kejayaan dan mengiktiraf sumbangan rakan-rakan niaga dalam meningkatkan tahap perkhidmatan di R&R menerusi pendekatan mesra pelanggan dari segenap aspek.

Ini dibuktikan dengan kualiti khidmat pelanggan yang tinggi, kualiti makanan, pematuhan terhadap piawaian 5S SIRIM yang menyumbang kepada pembangunan perniagaan mereka.

Anugerah disampaikan kepada rakan niaga secara individu manakala R&R Seremban (Arah Utara) dinobatkan sebagai R&R Terbaik PLUS.

Angerah serta hadiah dengan nilai keseluruhan RM70,000 telah disampaikan hari ini termasuk RM10,000 untuk kategori R&R Terbaik.

Dengan mengambilkira maklumbalas pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan makanan di R&R, PLUS juga turut memeterai perjanjian bersama lima jenama utama iaitu Sushi King, My Laksa, Daily Fresh, Bon 900 Café dan Family Mart di mana pada ketika ini terdapat 20 jenama produk makanan terkenal telah mula beroperasi di R&R dan hentian sebelah PLUS.

“PLUS mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan niaga yang baru ini. Ia membuktikan mereka turut mengiktiraf kualiti yang terdapat di R&R kami,” kata Datuk Azman.

“Ciri utama rakan-rakan niaga yang berkerjasama dengan kami adalah mereka sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk pelanggan-pelanggan di R&R kami. Paling utama, PLUS menyediakan pelbagai pilihan produk yang bukan sahaja dengan harga yang kompetitif, tetapi juga boleh dinikmati oleh semua pelanggan kami,” jelas Datuk Azman.

PLUS juga komited terhadap usaha memberi lebih banyak pilihan dan keperluan rakyat Malaysia masakini dengan membawa masuk lebih banyak jenama terkenal di R&R.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 700 gerai makanan dan minuman di semua 24 buah R&R, 46 buah hentian sebelah dan 4 buah restoran jejantas yang menawarkan pelbagai jenis makanan

Pada ketika ini, tedapat lebih daripada 700 gerai makanan dan minuman di R&R PLUS yang menawarkan pelbagai pilihan makanan daripada nasi lemak hinggalah ke restoran berjenama antarabangsa di 24 buah R&R, 46 hentian sebelah dan 4 buah restoran jejantas di sepanjang lebuhraya kendaliannya.