PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is taking extra efforts to help highway customers enjoy smoother and more comfortable travel during the upcoming festive season.
PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “We anticipate 1.9 million vehicles to utilize the North-South Expressway on every peak day during the upcoming Chinese New Year holidays. As such, PLUS has identified various strategies to help customers enjoy smoother and more comfortable journey on our highways during the festive seasons."
PLUS expects the North-South Expressway to record the highest traffic volume on February 1 to 4th, 6th, 9th and 10th.
"On these peak days, traffic volume on PLUS highways is expected to reach 1.9 million vehicles per day, an increase of 24 per cent compared to 1.45 million traffic on normal days," he said.
Among the strategies that will be taken to provide positive and intuitive journey experience during the festive season are:
No |
Strategy |
Explanation |
|
1 |
Interactive Travel Time Advisory (TTA) Schedule between 31st January and 10th February |
Highway customers can get their travel time recommendations through the PLUS Mobile App during the upcoming festive seasons. |
|
2 |
Strengthening highway operations to provide more comfort
|
|
|
3 |
PLUSMiles Points (1 kilometer = 1 reward point) |
Applicable to Class 1 vehicle customers who are registered members of PLUSMiles. Points may be redeemed in the form of Toll Reload at selected PLUS Customer Service Centres or redeem items or vouchers online at PLUSMiles website. |
|
4 |
Giving away PLUS’s free ‘Buah Tangan’ Bag |
With a purchase of RM38 at any PLUS rest & service area (in one receipt or maximum combination of 5 receipts). The redemption period is between 31 January to 4 February & 7 February to 9 February. Redemption can be made at Tapah RSA (Both bounds), Bukit Gantang Lay-by(Northbound), Pagoh RSA (Bothbounds) & Ayer Keroh (North bound) from 9 am to 9 pm. |
|
5 |
RSA Special Promotion from PLUS Business Partners |
Offered on 2, 3, 9 & 10 February at selected RSAs. Teh ‘O’ or Kopi ‘O’ with only RM1. Value Meal sets promotion at RM6.80. |
|
6 |
Emergency ‘SOS’ Button on PLUS Application |
The 'SOS' button enables customers to directly request for assistance when the button is activated. |
Azman was quoted at a briefing to the media at Sime Darby Convention Centre (SDCC) today to unveil PLUS' preparations campaign in dealing with the increase of traffic for the upcoming festive seasons.
At the event, PLUS also launched its inaugural PLUS Chinese New Year commercial.
Also present were PLUS Chairman Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, Zakaria Ahmad Zabidi, PLUS Chief Operating Officer and Christine Liew, PLUS Chief Commercial Officer.
PLUS SEDIA LANGKAH TAMBAHAN BANTU PELANGGAN LEBUHRAYA NIKMATI PERJALANAN LEBIH LANCAR DAN SELESA PADA CUTI TAHUN BAHARU CINA
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyediakan langkah-langkah tambahan untuk membantu pelanggan lebuhraya menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa pada musim perayaan yang akan datang.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “Kami menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada setiap hari puncak pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Sehubungan dengan itu, PLUS telah mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa bersempena dengan musim perayaan tersebut.”
PLUS menjangkakan Lebuhraya Utara-Selatan akan mencatatkan jumlah trafik yang tertinggi pada 1 hingga 4 Februari, 6 Februari, serta 9 Februari hingga 10 Februari.
“Pada hari-hari puncak tersebut, jumlah trafik di lebuh raya PLUS dijangka mencecah 1.9 juta kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 1.45 juta trafik pada hari-hari biasa,” katanya.
Di antara strategi yang diambil oleh PLUS untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih positif dan intuitif di musim perayaan adalah:-
No |
Strategi |
Penerangan |
|
1 |
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Interaktif untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 31 Januari hingga 10 Februari. |
Kini, orang ramai boleh mendapatkan cadangan waktu perjalanan mereka menerusi Aplikasi PLUS pada musim perayaan yang akan datang. |
|
2 |
Mantap Operasi Lebuhraya Untuk Beri Lebih Keselesaan |
|
|
3 |
Mata Ganjaran PLUSMiles (1 kilometer = 1 mata ganjaran) |
Diberikan kepada pelanggan kenderaan Kelas 1 yang merupakan ahli PLUSMiles yang berdaftar.
Mata ganjaran boleh ditebus dalam bentuk Tambah Nilai Tol di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS yang terpilih atau menebus barangan atau baucar secara online di laman web PLUSMiles. |
|
4 |
Pemberian Beg ‘Buah Tangan’ PLUS Percuma |
Dengan pembelian sebanyak RM38 di mana-mana hentian rehat PLUS (di dalam satu resit atau kombinasi maksimum 5 resit).
Tempoh Penebusan adalah di antara 31 Januari hingga 4 Februari & 7 Februari hingga 9 Februari. Penebusan boleh dibuat di R&R Tapah (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara), R&R Pagoh (Kedua-dua Arah) & Ayer Keroh (Arah Utara) bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. |
|
5 |
Promosi Istimewa R&R daripada Rakan-Rakan Niaga PLUS |
Ditawarkan pada 2, 3, 9 & 10 Februari di R&R terpilih. Teh ‘O’ atau Kopi ‘O’ dengan harga RM1. Tawaran Set ‘Value Meals’ makanan RM6.80. |
|
6 |
Butang Kecemasan ‘SOS’ pada Aplikasi PLUS |
Butang ‘SOS’ membolehkan bantuan disalurkan dengan segera apabila butang diaktifkan.
|
Azman berkata demikian pada majlis taklimat kepada wakil-wakil media di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) hari ini bagi menghebahkan kempen persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik di musim perayaan yang akan datang.
Pada majlis tersebut, PLUS turut melancarkan iklan Tahun Baru Cina PLUS yang julung kali diterbitkan.
Turut hadir adalah Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengerusi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS dan Christine Liew, Ketua Pegawai Komersil PLUS.