Pengguna lebuh raya yang menggunakan Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong kiri di terowong terbabit di KM260.30 hingga KM262.05 (Arah Selatan) bagi kerja-kerja Fasa Kedua Penambahbaikan Turapan Jalan. Ia dilaksanakan secara berperingkat mulai 20 Mac (Isnin) hingga 14 April (Jumaat) 2023, antara jam 9:00 malam hingga 12:00 tengah hari setiap hari sepanjang tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh tersebut, laluan kontra akan diaktifkan secara berkala sekiranya perlu bergantung kepada keperluan semasa untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit.
Justeru, pengguna yang menghala ke selatan/Ipoh/Kuala Lumpur dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit.
Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
PLUS TO CLOSE LEFT LANE AT MERU TUNNEL (KUALA KANGSAR-IPOH STRETCH) FOR PHASE 2 PAVEMENT REHABILITATION WORK
Highway users plying the Meru Tunnel (Kuala Kangsar-Ipoh stretch) on the North-South Expressway (NSE) are advised to plan their journey following the temporary closure of the left lane at the tunnel between KM260.30 and KM262.05 (Southbound) for Phase Two Pavement Rehabilitation Work. The temporary closure will be activated in stages from March 20 (Monday) to April 14 (Friday), 2023, between 9:00 pm and 12:00 pm daily.
Throughout the duration, a contra flow will be staggered activated at the affected stretch depending on traffic situation to facilitate smoother traffic flow.
As such, all highway users heading south/Ipoh/Kuala Lumpur are strongly advised to plan their journey via the PLUS App to check the traffic conditions, while adhering to traffic signages and instructions by PLUS from time to time when passing through the affected stretch.
Additionally, highway users can get the latest traffic information or in the event of any emergencies, please contact PLUSLine at 1800-88-0000.