PLUS HARGAI KERJASAMA PENGGUNA KETIKA INSIDEN KEMALANGAN LORI TANGKI DI LALUAN KUALA KANGSAR - IPOH UTARA (ARAH SELATAN)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengucapkan terima kasih atas kerjasama pengguna lebuh raya ketika insiden kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki di KM265.6 (Arah Selatan) berhampiran Terowong Menora pada 8 Mac 2023.

Dalam insiden tersebut, pasukan Bomba dan Hazmat telah dikerahkan ke lokasi untuk memberikan bantuan dan membuat penilaian. Berdasarkan penilaian, laluan di antara Kuala Kangsar dan Ipoh Utara telah ditutup sementara kepada semua kenderaan dan pengguna telah diarahkan untuk keluar dari lebuh raya menerusi Persimpangan Kuala Kangsar.

Manakala, kenderaan yang terperangkap di dalam kesesakan berhampiran Terowong Menora telah diarahkan untuk membuat Pusingan-U di laluan khas di Terowong Menora.

Setelah pihak berkuasa berpuashati dengan tahap keselamatan di lokasi, laluan kontra telah diaktifkan bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke selatan. Pada masa yang sama, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan sedang dijalankan di lokasi.

Maklumat trafik tentang insiden tersebut telah disalurkan secara berterusan menerusi papantanda elektronik di lokasi strategik serta media sosial PLUS.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles