LEBIH 100 GERAI MAKANAN DI R&R PLUS MENAWARKAN MENU RAHMAH

- Menu Rahmah dilaksana secara berperingkat sejak 23 Februari

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mensasarkan lebih daripada 100 gerai makanan yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang 1,130 kilometer di rangkaian lebuh rayanya menawarkan Menu Rahmah menjelang pertengahan Mac ini. Langkah ini bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta sokongan terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

 Fasa Pertama Menu Rahmah untuk pengguna lebuh raya yang berhenti rehat di R&R PLUS telah mula ditawarkan sejak 23 Februari lalu di beberapa R&R serta Hentian Sebelah di Wilayah Tengah di Lebuhraya PLUS.

Di R&R PLUS, Menu Rahmah ditawarkan untuk hidangan makan tengah hari (antara 12 tengah hari hingga 2 petang) dan makan malam (antara 7 malam hingga 9 malam) di geraigerai terpilih yang mengambil bahagian. Sebagai permulaan, sebanyak 8 buah R&R dan 6 Hentian Sebelah telah mula menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna lebuh raya iaitu R&R Tapah (Arah Utara & Selatan), R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Seremban (Arah Utara), R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan) dan Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan).

 Fasa Kedua yang melibatkan R&R dan Hentian Sebelah di Wilayah Utara dijangka akan dilaksanakan sebelum 2 Mac, manakala Fasa Ketiga yang melibatkan Wilayah Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula dijadual dilaksanakan sebelum 9 Mac.

Menteri Kerja Raya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang untuk mengadakan tinjauan pelaksanaan Menu Rahmah di R&R Dengkil (Arah Selatan), hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Ahli Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani serta Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

OVER 100 FOOD OUTLETS OFFERING MENU RAHMAH AT PLUS R&Rs

- Menu Rahmah rolled out in stages since 23 February

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) targets more than 100 food outlets at its rest and service areas (R&Rs) across its 1,130KM-long highway network to offer Menu Rahmah by middle of March. The move is in support of the Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi’s call for highway concessionaires to support the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living’s Menu Rahmah initiative for the Rakyat.

 The First Phase implementation of Menu Rahmah for highway users was rolled out since 23rd February at selected R&Rs and lay-bys in the Central Region on PLUS offering lunch (between 12 noon and 2 pm) and dinner (between 7 pm and 9 pm) at selected participating food outlets.

For a start, 8 R&Rs and 6 lay-bys are now offering Menu Rahmah to highway users at Tapah R&R (Northbound & Southbound), Ulu Bernam R&R (Southbound), Rawang R&R (Northbound), Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, Seremban R&R (Northbound), Dengkil R&R (Northbound & Southbound), Simpang Pulai Lay-by (Northbound & Southbound), Serdang Lay-by (Northbound & Southbound) and Nilai Lay-by (Northbound & Southbound).

The second phase, which covers R&Rs and lay-bys in the Northern Region, is expected to be rolled out before 2nd March. The third phase, which will be implemented before 9th March, will cover R&Rs and lay-bys at the Southern Region as well as Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Today, the Minister of Works and the Minister of Domestic Trade and Cost of Living, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub paid a visit to the Dengkil R&R (Southbound) to take closer look at the implementation of Menu Rahmah at PLUS.

Also present were the Director-General of the Malaysian Highway Authority, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Board of Director of PLUS and Managing Director of UEM Group, Dato’ Mohd Izani Ghani and PLUS Chief Operating Officer Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles