KENYATAAN PLUS BERHUBUNG KEBAKARAN BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ALOR SETAR UTARA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengesahkan bahawa berlaku kebakaran di dalam kawasan lebuh raya selenggaraannya di KM43.5 (Arah Selatan) berhampiran Persimpangan Bertingkat Alor Setar Utara kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sebaik mendapat maklumat tentang kejadian ini, pihak PLUS telah menghubungi pasukan Bomba & Penyelamat untuk membantu memadamkan kebakaran terbabit. Pada masa yang sama, pasukan PLUSRonda dan pasukan penyelenggaraan Edgenta Infra Services di lokasi telah membantu mengawal lalulintas dan memberi amaran kepada kenderaan-kenderaan lain untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Punca kebakaran masih di dalam siasatan pihak berkuasa. Namun begitu, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan kira-kira jam 2:20 petang tadi.

Berdasarkan rekod, berlaku 1 kemalangan kecil membabitkan sebuah motorsikal dan kenderaan Bomba akibat daripada kepulan asap yang mengganggu penglihatan pengguna di kawasan terbabit. Pada masa yang sama, pihak PLUS akan terus memantau lokasi-lokasi lain terutamanya di laluan lebuh raya Alor Setar Selatan sehingga Jitra bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Pada masa yang sama, PLUS menasihatkan agar pengguna lebih berhati-hati sekiranya melalui kawasan berhampiran yang terbakar dan memohon kerjasama pengguna supaya segera menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000 jika terlihat sebarang kebakaran di lebuh raya mahupun di lokasi berhampiran agar tindakan segera dapat diambil.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles