PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM DI HENTIAN SEBELAH PLAZA TOL UPM UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN

- Kemudahan tersebut ditutup selama 2 Bulan mulai 2 Februari 2023 

Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol UPM di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup selama 2 bulan mulai 2 Februari 2023 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf tersebut dijalankan.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti di Plaza Tol Kajang, Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara) atau di hentian sebelah plaza tol yang berdekatan. 

Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan atau mendapatkan maklumat trafik dengan menggunakan Aplikasi PLUS. Pengguna juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

 

PLUS UPGRADES PUBLIC TOILET FACILITY AT UPM TOLL PLAZA LAY-BY

- Public toilet facilities to be closed for 2 months from 2 February 2023

As part of a continuous effort to provide a more convenient journey for highway users, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be upgraded the public toilet facility at the UPM Toll Plaza Lay-by on the North-South Expressway. As such, the facility at the designated lay-by will be closed for 2 months from 2 February 2023 to facilitate the upgrading project. 

As such, highway users are advised to utilise the public restrooms at the Kajang Toll Plaza Lay-by, Serdang Lay-by (Northbound) or the nearest plaza toll lay-bys during the closure. 

All highway users are also reminded to plan their journey or to get latest traffic conditions via the PLUS App. Additionally, please contact the PLUSLine at 1800-88-0000 in the event of any emergencies.

PLUS thanks all highway users for their attention and co-operation.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles