LALUAN KELUAR PERSIMPANGAN UPM KINI DIBUKA SEMULA UNTUK SEMUA KENDERAAN

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan keluar di Persimpangan UPM kini dibuka semula kepada semua kenderaan selepas pihak PLUS dan pihak berwajib mengadakan pemeriksaan lanjut di plaza tol terbabit.

 Walau bagaimanapun, lorong keluar paling kiri di plaza tol terbabit masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Dalam kejadian yang berlaku jam 6:20 pagi ini, sebuah bas persiaran yang membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM menyebabkan lorong keluar di plaza tol terbabit terpaksa ditutup sementara.

PLUS menasihatkan semua pengguna yang melalui Plaza Tol UPM supaya berhati-hati dan mematuhi semua papantanda dan arahan yang dikeluarkan.

UPM TOLL PLAZA EXIT NOW RE-OPENED TO ALL VEHICLES

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to inform that upon further inspection by PLUS and related agencies, the UPM Interchange exit is now re-opened to all vehicles. 

However, the left-most exit lane at the UPM Toll Plaza is still closed for repair and maintenance works. 

At 6:20am today, a tour bus with 40 passengers caught fire while exiting the UPM Toll Plaza forcing the UPM exit lanes to be temporarily closed. 

PLUS advises all highway customers passing through the UPM Toll Plaza to drive carefully and adhere to all instructions and traffic signages.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles