Media Release

PLUS TAMBAH KEMUDAHAN BAYARAN TANPA TUNAI DI R&R MENJELANG TAHUN BARU CINA

Bagi meraikan ketibaan Tahun Arnab, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa sebahagian besar Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS kini telah menerima pembayaran tanpa tunai untuk memberi lebih kemudahan dan ganjaran yang lebih bermanfaat kepada pengguna lebuh raya.

 Lebih daripada 300 gerai yang beroperasi di PLUS R&R kini telah menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad Debit, kad Kredit, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet (e-Dompet), Boost, MAE, Setel, ShopeePay dan MPay. Ia selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menerima dan menggunakan pembayaran tanpa tunai.

“Sejak setahun yang lalu, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet, Boost dan ShopeePay merupakan antara rakan kongsi PLUS yang terawal menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna kami di R&R,” kata Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew.

“Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya untuk mengamalkan pembayaran tanpa tunai di R&R PLUS, MyDebit telah melancarkan peraduan “Wave & Menang” bermula dari 1 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023 di mana pengguna kami berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM70,000* dengan hanya perlu berbelanja minimum RM5 dengan kad Debit mereka,” jelas Christine.

Selain itu, Setel juga menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna di R&R yang berbelanja minimum sebanyak RM10 dan memperoleh RM2 pulangan tunai dari 16 Januari 2023 hingga 28 Februari 2023. Setel juga memberikan pulangan tunai sebanyak RM5 kepada orang ramai yang menambah nilai minimum RM50 pada akaun Setel mereka.

Pelbagai promosi dan aktiviti akan dijalankan pada tahun 2023 bersama rakan kongsi pembayaran yang lain seperti MAE, Visa dan Mastercard untuk memberikan pengalaman pembayaran tanpa tunai yang bermanfaat kepada semua pengguna lebuh raya.

PLUS EXPANDS CASHLESS PAYMENT FACILITIES TO MORE PLUS R&Rs AHEAD OF CHINESE NEW YEAR FESTIVE TRAVEL 

As the auspicious year of the Rabbit hops onto the highways, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is delighted to inform highway customers that the majority of its Rest and Service Areas (R&Rs) are now accepting cashless payments for added convenience and rewarding benefits.

 Over 300 stalls operating at PLUS R&Rs are now accepting cashless payments via Debit cards, Credit cards, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet, Boost, MAE, Setel, ShopeePay and MPay Wallet, which are in line with the Government’s aspiration for the public to embrace and use cashless payment.

“For the past one year, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, and ShopeePay have been the first few payment partners who have continuously been running cashback rewards for our customers at R&Rs,” said PLUS Chief Commercial Officer, Christine Liew.

“To encourage more highways customers in adopting cashless payment at PLUS R&Rs, MyDebit has launched a “Wave & Menang” contest from 1st December 2022 until 28th February 2023 where our customers will stand a chance to win prizes totaling RM70,000* by spending a minimum of RM5 with their Debit Cards,” explains Christine.

In addition, Setel is also offering cashback rewards to customers who spend a minimum of RM10 and earn RM2 cashback from 16 January 2023 until 28 February 2023. Setel is also giving away RM5 cashback to customers who reload a minimum of RM50 into their Setel account.

More promotions and activities will be rolled out in 2023 with other payment partners such as MAE, Visa, and Mastercard to provide a rewarding cashless experience for all highway customers.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles