- Pengguna Lembah Klang menghala ke Perlis, Kedah, P. Pinang, Utara Perak dan Johor Disaran Mula Memasuki Lebuh Raya Sebelum Jam 9 Pagi
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi untuk mengelakkan mereka daripada bertembung dengan perjalanan pengguna yang menghala ke destinasi yang lebih dekat pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Saranan tersebut diberikan berikutan jangkaan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya pada setiap hari puncak pada musim perayaan yang akan datang.
“Cadangan tersebut adalah berdasarkan analisa PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tentang data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim-musim perayaan yang lalu. Oleh yang demikian, Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) pada kali ini turut berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
Menurutnya, TTA merupakan salah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa.
“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya,” tambah beliau.
Berdasarkan TTA tersebut, pengguna yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang dinasihatkan mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Kajian kami juga menunjukkan bahawa perjalanan pengguna yang mematuhi TTA akan lebih lancar dan lebih selesa.
“Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti,” jelas Datuk Zakaria.
Pengguna RFID pula dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya. Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID.
PLUS ISSUES TTA TO DISTRIBUTE CNY TRAFFIC FOR SMOOTHER JOURNEY
- Klang Valley users heading towards Perlis, Kedah, Penang, Perak (North) and Johor strongly advised to enter the highway before 9 am
Perlis, Kedah, Penang, North Perak and Johor-bound users from the Klang Valley planning to travel on the North-South Expressway (NSE) between 19th January and 22nd January are strongly advised to enter the highway before 9:00 am to avoid converging with those heading towards closer destinations. The advisory is issued in view of 2 million daily vehicles expected to travel along the highway during the Chinese New Year festive period.
“The advisory is based on PLUS Malaysia Berhad (PLUS) analysis on previous festive season data and traffic pattern on the NSE. As such, the Travel Time Advisory (TTA) is also aimed at circumventing vehicles heading towards various destinations from converging at selected hot spot locations on the highway which can contribute to traffic congestion,” PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi said.
He added that the TTA is one of the traffic distribution strategies initiated by PLUS to help highway users enjoy safer and more comfortable journey this festive season.
“However, smooth traffic flow may be disrupted by accidents and other incidents on the highway,” he added.
According to the TTA, highway users heading towards closer destinations from the Klang Valley are advised to enter the NSE between 12 noon and 4 pm.
“Our analysis also indicates that higher TTA adoption rate contributes to smoother journey on the highway.
“As such, we strongly advised the public to plan their journey based on the TTA schedule not only for outbound journey from the Klang Valley before the Chinese New Year but also for their return journey to Klang Valley after their holiday,” Datuk Zakaria explained.
RFID users are reminded to ensure sufficient e-Wallet balance before they travel on the highway. Please ensure that you enter and exit the toll plaza using the same payment mode. For example, if you enter the highway via RFID lane, you must also ensure that you exit the highway through the RFID lane at the toll plaza.