PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited untuk menyediakan perjalanan yang lebih selamat dan selesa untuk orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.
“Kami menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami pada hari-hari puncak (hari-hari yang dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi) iaitu pada 20 Januari, 21 Januari dan 24 Januari 2023, bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Ia merupakan peningkatan sebanyak 20% berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
“Oleh itu bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan awal dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa ketika berada di rangkaian lebuh raya kami,” tambah beliau.
Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, keselesaan pengguna, pengurusan lalu lintas di plaza tol, hebahan maklumat trafik dan sebagainya.
“Fokus kami pada perayaan hari ini adalah aspek keselamatan di lebuh raya di mana pelbagai strategi telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan, Pada masa yang sama, kami memohon kerjasama pengguna motosikal dan pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya sepanjang musim perayaan yang akan datang,” jelas beliau.
Menurut Datuk Zakaria, penunggang motosikal menyumbang kepada kira-kira 64% daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di lebuh raya PLUS pada tahun 2022.
“Manakala, kemalangan-kemalangan yang membabitkan kenderaan berat pula sering menyebabkan kesesakan yang teruk memandangkan ia memerlukan tempoh yang agak panjang untuk dialihkan dan diselesaikan serta memerlukan kehadiran dan bantuan jentera-jentera berat seperti kren dan sebagainya,” kata Datuk Zakaria.
Oleh yang demikian, PLUS berkolaborasi bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya pada musim perayaan ini.
“Selain daripada itu, bagi meningkatkan tahap keselamatan di rangkaian lebuh raya PLUS termasuklah di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pada musim perayaan ini, jumlah pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUSRonda dan LPT2 Ronda akan ditambah kepada 265 pasukan bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kecemasan. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 9.1% berbanding hari-hari biasa.
Pada perayaan kali ini, PLUS juga akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dan LPT2 untuk mengagihkan trafik dan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang.
“Pemandu juga dinasihatkan agar menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya. Sebagai contoh, sekiranya pengguna menggunakan mod RFID ketika masuk ke lebuh raya, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID. Ini dapat mengelakkan mereka terkandas di lorong tol dan memberi kesan kepada perjalanan orang lain. PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan baki e-Wallet (bagi transaksi RFID) dan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi untuk perjalanan mereka,” jelas Datuk Zakaria.
“Orang ramai juga disarankan supaya menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien,” tambah beliau.
PLUS TAKES PROACTIVE MEASURES TO PROVIDE SAFER AND MORE CONVENIENT HIGHWAY TRAVEL FOR CNY
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is committed to provide safer and more convenient travel for its highway users throughout the Chinese New Year festive period. “We anticipate that approximately 2 million vehicles will travel on our network of highways on peak days on 20th January, 21st January and 24th January 2023 in conjunction with the Chinese New Year holiday period. The figure translates to a 20% increase in traffic as compared to normal days,” said PLUS’ Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
“To cope with the traffic increase, PLUS is strategizing and taking various proactive measures to help travellers enjoy safer and more convenient travel on our highways,” he added.
The strategies include safety, traffic and congestion management, highway users’ convenience, traffic management at toll plazas as well as traffic information dissemination throughout the holiday period.
“Our main focus is the safety of our highway users, and we will carry out various steps to increase safety on the highways. At the same time, we advise motorcyclists and heavy vehicle drivers to be more careful on the road and take the necessary safety precautions throughout the festive season,” he explained.
According to Datuk Zakaria, motorcyclists contribute to 64% of the total number of fatal accidents on PLUS-operated highways in 2022.
“In addition, heavy vehicle accidents are one of the major causes of major traffic congestion on our highways as they require more time to be cleared and removed. These accidents also require the use of heavy machineries such as cranes and special equipment,” Datuk Zakaria said.
As such, PLUS is collaborating with the Royal Malaysian Police (PDRM) and the Road Transport Department (RTD) for stricter traffic law enforcement on the highway as well as carry out continuous road safety advocacy throughout the festive period.
“On the other hand, PLUS will also increase the number of highway patrolling teams on its highways including Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) this festive period by 9.1% to 265 teams to assist highway users in distress and emergencies.
PLUS will also issue out its Travel Time Advisory (TTA) for the North-South Expressway and LPT2 to distribute traffic and help the public to plan their outbound and inbound travels during the CNY holidays.
“It is important for highway users to use the same payment mode upon entry and exit of the highway. For example, if RFID is used upon entry, the user must then exit the highway also using RFID, similarly with Touch ‘n Go and SmartTAG. Using the same mode of payment will greatly reduce the possibility of congestion at the toll lanes. Another key tip is to make sure one’s e-Wallet (for RFID transaction) or Touch ‘n Go card has sufficient balance for travel,” Datuk Zakaria strongly suggests.
“The public is also encouraged to switch on navigation apps such as Waze or Google Maps while they travel on the highways throughout the festive season,” he added.