PLUS TAMBAH 12 LORONG RFID DI 11 PLAZA TOL SECARA BERPERINGKAT

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ambil maklum dan menyambut baik pengumuman oleh YB Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi dan kenyataan media oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia pada 13 Januari 2023 berkenaan penambahan lorong RFID di Lebuhraya PLUS.

Justeru, PLUS melahirkan komitmen untuk menambah 12 lorong RFID yang melibatkan 11 plaza-plaza tol utama di lebuh raya kami iaitu Plaza Tol Rawang Selatan, Setia Alam, Kubang Semang, Subang, Putra Mahkota, Shah Alam, Jalan Duta, Jambatan Pulau Pinang, Sungai Buloh, Sungai Besi, dan Kajang untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi kesejahteraan, keselesaan dan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya.  

Kami menjangka kesemua proses penambahan lorong RFID ini akan siap secara berperingkat menjelang pertengahan April tahun ini. 

PLUS juga menasihatkan semua pengguna RFID untuk sentiasa menggunakan lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol serta memastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

 

PLUS TO ADD 12 MORE RFID LANES AT 11 TOLL PLAZAS IN STAGES

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) welcomes the announcement by YB Minister of Works Malaysia, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi and a media statement by the Malaysian Highway Authority on 13 January 2023 regarding the additional RFID lanes on the PLUS Highway.

PLUS is committed to add 12 more RFID lanes at 11 major toll plazas on our highways namely the Rawang Selatan, Setia Alam, Kubang Semang, Subang, Putra Mahkota, Shah Alam, Jalan Duta, Penang Bridge, Sungai Buloh, Sungai Besi, and Kajang Toll Plazas, to provide better service for the well-being, comfort, and smooth journey of highway users.

We expect all additional RFID lanes to be completed in stages by mid-April this year.

PLUS also advises that all RFID users to always use the same RFID lane or payment mode when entering and exiting the toll plaza, as well as ensuring sufficient eWallet balance before travelling on the highway, for a smoother travel experience.

 

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles