Media Release

PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM HENTIAN SEBELAH SIMPANG PULAI (ARAH UTARA) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN

Hentian Sebelah Tersebut Ditutup Selama 3 Bulan Mulai 28 November 2022

Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup selama 3 bulan mulai 28 November 2022 bagi membolehkan kerja-kerja naiktaraf tersebut dijalankan.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti R&R Tapah (Arah Utara) atau di R&R Sungai Perak (Arah Utara) atau di hentian sebelah plaza tol yang berdekatan. Walau bagaimanapun, kemudahan tandas masih disediakan di stesen minyak di hentian sebelah terbabit.

Pelanggan juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS, selain mendapatkan maklumat trafik atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih kepada pelanggan lebuh raya di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

 

PLUS UPGRADES PUBLIC TOILET FACILITY AT SIMPANG PULAI LAY-BY (NORTHBOUND) - Lay-by to be closed for 3 months from 28th November 2022

As part of a continuous effort to provide a more convenient journey for highway customers, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be upgrading the public toilet facility at the Simpang Pulai Lay-by (Northbound) on the North-South Expressway. As such, the facility at the designated lay-by will be closed for 3 months from 28th November 2022 to facilitate the upgrading project. 

As such, highway customers are advised to utilise the public restrooms at the Tapah R&R (Northbound) or at the Sungai Perak R&R (Northbound) or the nearest plaza toll lay-bys. Alternatively, toilet facility is also available at the petrol station operating at the lay-by. 

All highway customers are also reminded to plan their journey via the PLUS App. For traffic conditions or in the event of any emergencies, please contact the PLUSLine at 1800-88-0000.

PLUS thanks all highway customers for their attention and co-operation.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles