CONGESTION REDUCED BY 48.2% AT PLUS CENTRAL REGION TOLL PLAZAS - Nationwide No Reload at Toll Plaza Exits to be rolled out soon -

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) successfully reduced the congestion at all its central region toll plazas exit lanes by 48.2 percent by implementing the “No Touch ‘n Go reload service” since 1st August 2019.

When PLUS initiated the “No Touch ‘n Go reload service” over two months ago, there has been significant reduction in drivers with insufficient balance attempting to reload their Touch ‘n Go card at the exit lanes at toll plazas in the Central Region between Seremban and Ipoh South.

On August 1st, 2019, the day one statistics showed a daily average traffic volume of 850,000 vehicles in the Central Region, whereby the daily congestion at the toll exit lanes are a direct result of 5% drivers with insufficient balance in their Touch ‘n Go card.

Though the figure of 5% seems small, it is 42,500 vehicles contributing to high congestion and time wastage, impacting 95% of other drivers on the PLUS highway.

However as at 30th September 2019, PLUS has recorded an approximated drop from 42,500 cars per day to 22,000 cars with insufficient balance in their Touch ‘n Go cards, a significant 48.2 percent drop

PLUS is grateful to its customers who have contributed to the 48.2% reduction in the central region, due to their civic mindedness and considerate attitude to top up their Touch ‘n Go cards prior to entering the NSE.

PLUS also acknowledges the contribution and support of all the merchants and providers who ensure their Touch ‘n Go reload machines are well maintained and properly serviced, which allows customers to enjoy uninterrupted reload services at all times. 

The implementation of the no Touch ’n Go reload service also ensures safety of PLUS customer service agents (CSA) and reduces the risk of life and limb as there have been several cases of heavy vehicles driving through the booths at toll plazas.

PLUS customers are strongly advised to plan their daily journey and ensure that their Touch 'n Go cards have sufficient balance before entering the highway. The convenience to reload made available nationwide at over 10,000 self-service kiosks including ATMs, petrol stations, convenience stores, rest areas and shopping malls.

PLUS will be rolling out nationwide and implementing the “No Touch ‘n Go Reload” at all its operated highways in the Southern and Northern Toll Plaza exit lanes soon.

KESESAKAN DI PLAZA TOL DI WILAYAH TENGAH PLUS  BERKURANGAN SEBANYAK 48.2%

  • PLUS akan laksanakan langkah tiada tambah nilai di semua lorong keluar di seluruh negara tidak lama lagi

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah berjaya mengurangkan kesesakan trafik di kesemua lorong keluar di plaza tol Wilayah Tengah sebanyak 48.2 peratus setelah melaksanakan inisiatif Tiada Tambah Nilai di plaza tol sejak 1 Ogos 2019 yang lalu.

Langkah PLUS menguatkuasakan ‘Tiada Tambah Nilai’ di Lorong keluar lebih dua bulan yang lalu menyaksikan pengurangan yang ketara dalam bilangan pelanggan lebuh raya yang mempunyai baki rendah atau baki tidak mencukupi yang cuba menambah nilai di lorong keluar di plaza-plaza tol di Wilayah Tengah iaitu plaza-plaza tol yang terletak di antara laluan Seremban hingga Ipoh Selatan.

Pada 1 Ogos 2019 lalu, iaitu pada hari pertama langkah ini dilaksanakan terdapat kira-kira 850,000 purata trafik harian di Wilayah Tengah, kesesakan harian yang berlaku di laluan keluar plaza tol adalah disebabkan 5 peratus pelanggan yang mempunyai baki yang tidak mencukupi.

Walaupun jumlah 5 peratus adalah kecil, ia melibatkan sebanyak 42,500 kenderaan yang berhenti untuk menambah nilai, yang mana ia telah menyebabkan kesesakan trafik dan pembaziran masa yang memberi kesan kepada 95% pelanggan lain di lebuh raya PLUS.

Walau bagaimanapun, pada 30 September 2019, PLUS telah berjaya merekodkan pengurangan jumlah kenderaan yang beratur untuk menambah nilai di plaza tol sebanyak 48.2 peratus, dengan penurunan bilangan kenderaan kepada 22,000 kenderaan.

PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah menyumbang kepada 48.2 peratus pengurangan kesesakan di plaza tol di Wilayah Tengah dengan menambah nilai kad Touch 'n Go mereka di pusat-pusat tambah nilai yang lain. PLUS juga menghargai usaha kesemua pengusaha dan penyedia kaunter dan mesin Touch ‘n Go yang sentiasa memastikan mesin atau kiosk tambah nilai kad Touch ‘n Go sentiasa beroperasi pada setiap masa bagi memudahkan pelanggan membuat urusan tambah nilai.

Langkah PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol juga bertujuan untuk menjamin keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat melanggar pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini. 

Justeru, pelanggan PLUS dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan memastikan bahawa kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang cukup sebelum memasuki lebuh raya. Perkhidmatan tambah nilai disediakan di lebih 10,000 pusat tambah nilai yang terdapat di seluruh negara termasuk mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka, kawasan rehat dan rawat dan pusat membeli-belah.

Dalam pada itu, PLUS akan memperluaskan inisiatif ini di seluruh rangkaian lebuh di bawah seliannya di utara dan selatan dalam masa yang terdekat.

Toll Overcharge Refund Request

Toll Overcharge Refund Request A maximum time period of up to 2 months from date of incident is permitted for our highway customers to request for toll overcharge refund. Report will be processed and refund payment will only be credited should the request is valid.

 For refund request submission, please submit via below link:

 https://www.touchngo.com.my/erefund/

THE ONLY HIGHWAY CONCESSIONAIRE TO WIN THE PUTRA BRAND AWARD FOUR YEARS IN A ROW

Over 8,000 Malaysians voted for PLUS Malaysia Berhad (PLUS), the only highway concessionaire as the Putra Brand Bronze Award winner under the Transportation, Travel & Tourism category for the fourth consecutive year.

"To be pitted against two airline companies, whose passenger safety and comfort are uncompromisable, PLUS consistency in winning the Bronze four years in a row speaks volumes of the level of our own commitment towards those very same values and ensuring that our customers are taken care of every step of the way," said an elated Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director.

The winners were chosen based on a robust consumer research method in which 8,000 consumers themselves voted for their favourite brands in specific categories.

The winning criteria for each category are based on survey respondents’ impression of the brand, their intent to purchase the products of the brand, their forced-choice brand and brand they would recommend to friends and families.

This award aims to recognise brands that connect with consumers through performance, top-of-mind recall, and support and highlight the High Value Ideas contributed towards a brand’s success.

Putra Brand Awards – premier brand awards in Malaysia and it is the only brand award of, by and for the brand managers and owners. Launched in 2010 by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) in association with the Malaysia’s Most Valuable Brands (MMVB), the Putra Awards to recognize brand building as an integral business investment, measured by consumer preference.

 

SATU-SATUNYA PENGENDALI LEBUH RAYA  YANG MEMENANGI ANUGERAH JENAMA PUTRA 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

Lebih 8,000 rakyat Malaysia memilih PLUS Malaysia Berhad (PLUS), satu-satunya konsesi lebuh raya, sebagai pemenang Anugerah Gangsa Anugerah Jenama Putra di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan & Pelancongan untuk tahun keempat berturut-turut.

"Jika ingin dibandingkan dengan kemenangan dua syarikat penerbangan dimana keselamatan dan keselesaan penumpangnya yang tidak dapat dikompromi itu, kejayaan PLUS dalam memenangi gangsa empat tahun berturut-turut menceritakan jumlah komitmen kami terhadap nilai yang sama dan memastikan keselamatan pelanggan kami di sepanjang perjalan mereka terjamin," kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

Para pemenang dipilih berdasarkan kaedah kajian tinjauan ke atas 8,000 pengguna dimana pengguna itu sendiri memilih jenama kegemaran mereka dalam setiap kategori tertentu.

Kriteria pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan hasil kajian tinjauan ke atas tanggapan responden terhadap jenama produk, niat responden untuk membeli jenama produk tersebut, jenama dipilih dan jenama yang mereka akan syiorkan kepada rakan dan keluarga.

Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti jenama yang berhubung dengan pengguna melalui prestasi mereka, jenama pertama yang muncul di minda pelanggan dan sokongan serta penekanan Idea Bernilai Tinggi yang disalurkan kepada kejayaan sesebuah jenama.

Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah jenama utama di Malaysia dan ianya merupakan salah satu anugerah jenama bagi pengurus dan pemilik jenama. Dilancarkan pada 2010 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Anugerah Jenama Putra bertujuan untuk mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting dan dinilai berdasarkan pilihan pelanggan.

LANE CLOSURE FOR BRIDGE MAINTENANCE WORKS AT BUKIT LANJAN – JALAN DUTA STRETCH (EAST BOUND) ON THE NKVE

The slow lane and emergency lanes between Bukit Lanjan and Jalan Duta stretch (East Bound) at KM25.4 and KM26.55 on the New Klang Valley Expressway (NKVE) will be temporarily closed from 12:00 am on 9 October (Wednesday) until 5:00 am on Monday, 14 October 2019.

This closure is to facilitate bridge maintenance works at the designated area.

As such, drivers are advised to plan their journey, follow all traffic signages and instructions at the area.

PENUTUPAN LORONG UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JAMBATAN DI LALUAN BUKIT LANJAN - JALAN DUTA (ARAH TIMUR) DI NKVE

 Lorong perlahan dan lorong kecemasan di antara laluan Bukit Lanjan dan Jalan Duta (Arah Timur) di antara KM25.4 hingga KM26.55 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup sementara bermula pada 12 malam, 9 Oktober (Rabu) sehingga jam 5:00 pagi pada Isnin, 14 Oktober 2019 yang akan datang. 

Penutupan lorong tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelengaraan jambatan dilaksanakan di kawasan terbabit.

Justeru itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

JUDGES FACES TOUGH DECISION TO SELECT WINNING PLUS RUKUN NEGARA SKETCH

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) recently held a judging session to select the winners for its Rukun Negara Sketch Competition that was launched in conjunction with Malaysia Day on 16th September 2019.

The judges conveyed at the Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, to deliberate and pick out of the 25 from 1,000 sketches that were shortlisted.

The judges comprised of Malaysian Highway Authority Director of Human Resources and Corporate, Noradibah Ramli, National Archives of Malaysia Head of Exhibition Section and Educational Archive, Mohd Nasser Malik, National Visual Arts Gallery Chief Senior Curator, Mohamad Majidi Amir and PLUS Head of Creative Communications, Najihah Mohd Yasin together with VMLY&R Art Director, Melody Lee Sook Yin.

According to the National Visuals Arts Gallery Chief Senior Curator, Mohamad Majidi Amir, said, “The competition should be done annually to attract more participants to join. It is among the initiatives to instil the patriotism spirit that is not only can be done in August and September. The whole event is interesting, and it looks like PLUS has fulfilled its objective to instil the spirit of national harmony among the younger generations,”.

“The Rukun Negara Sketching Competition is one of the best efforts and initiatives done by PLUS in promoting the spirit of love and patriotism among students nowadays. This competition provides an opportunity for primary school students to convey their pure message to the community and the nation. Students will be able to showcase their talents in creating creativity through the Rukun Negara,” said Mohd Nasser Malik, Head of the Exhibition and Education Archive, National Archives of Malaysia.

The 5 judges faced a tough time choosing the best sketches, as each participant creativity, theme accuracy, techniques, colour combination and attractive space usage were extremely good.

The judging constitutes 60% of the score, while another 40% is derived from public votes on the PLUS Official Facebook Page, which is still ongoing until October 14, while the final results will be announced this October 16 during a prize giving ceremony that will be held at the Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant.

 

PERTANDINGAN LAKARAN RUKUN NEGARA: BARISAN JURI SUKAR BUAT PILIHAN

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) telah mengadakan sesi penilaian untuk memilih pemenang-pemenang bagi Pertandingan Lakaran Rukun Negara yang dilancarkan pada Hari Malaysia bertarikh 16 September yang lepas.

Sesi penilaian tersebut telah dilakukan di Restoran Jejantas Sungai Buloh dan sebanyak 25 dari 1,000 lakaran telah pun di senarai pendekkan.

Barisan juri- juri terdiri daripada, Pengarah Sumber Manusia & Korporat Lembaga Lebuhraya Malaysia, Noradibah Ramli, Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan, Arkib Negara Malaysia, Mohd Nasser Malik, Ketua Kurator Kanan Balai Seni Visual Negara, Mohamad Majidi Amir, Pengurus Unit Studio PLUS, Najihah Mohd Yasin dan Pengarah Seni VMLY&R, Melody Lee Sook Yin.

Menurut Ketua Kurator Kanan Balai Seni Lukis Negara, Mohamad Majidi Amir, “Pertandingan ini dicadangkan untuk diadakan pada setiap tahun bagi menarik lebih ramai peserta. Ianya adalah antara inisiatif untuk menyuntik semangat patriotism yang tidak hanya pada bulan Ogos dan September sahaja,”.

“Pertandingan Lakaran Rukun Negara ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif terbaik yang dilakukan oleh PLUS dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dan patriotism di kalangan generasi kini. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menyampaikan mesej murni mereka kepada masyarakat dan negara. Pelajar dapat memperlihatkan bakat mereka dalam menghasilkan kreativiti melalui lakaran rukun negara” kata Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan, Arkib Negara Malaysia, Hj Mohd Nasser Malik

Kelima-lima juri menghadapi masa yang sukar dalam memilih lakaran terbaik, kerana setiap kreativiti peserta, ketepatan tema, teknik, gabungan warna dan penggunaan ruang menarik yang dipamerkan dalam lakaran peserta adalah sangat menarik.

Penilaian lakaran merangkumi 60% pemarkahan manakala 40% markah diperolehi melalui undian         orang ramai di laman Facebook rasmi PLUS, yang masih lagi berjalan sehingga 14 Oktober, keputusan akan diumumkan 16 Oktober ini ketika majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di Restoran       Jejantas Sungai Buloh.