HEAVY VEHICLES BANNED FROM ENTERING PLUS HIGHWAY TODAY AND TOMORROW TO EASE TRAFFIC FLOW

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) confirms that the Ministry of Transport ban on all heavy vehicles at highways will take effect today (8/6) & tomorrow (9/6).

“We hope that this will ease some traffic congestion especially the climbing areas,” said PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi.

“Traffic from the North towards Kuala Lumpur is slow moving along the Seberang Perai area, from Taiping to Changkat Jering and the climbing area of the Menora Tunnel heading to Ipoh. Along the Gua Tempurung climbing area, from Tapah to Sungkai and Bukit Tagar to Sungai Buaya, traffic is also slow moving. While in the South, traffic traveling up to Kuala Lumpur is also slow moving along Sedenak, Senai and Simpang Renggam towards Ayer Hitam; including the Pedas Linggi climbing area toward Port Dickson," he added.

PLUS advises its customers to have a good rest while driving along its highway by taking 2 hourly intermittent breaks at its Rest & Service Areas (RSA) and laybys; including its Toll Plazas, which provides comfortable suraus for prayer and clean toilets to refresh.

Zakaria also re-emphasized the importance for motorcyclists to ride safely on their journey back to Kuala Lumpur, as the death toll of motorcyclists on PLUS highways is alarmingly high as compared to other vehicles.

LARANGAN KENDERAAN BERAT MEMASUKI LEBUHRAYA PLUS HARI INI DAN ESOK UNTUK MELANCARKAN PERGERAKAN TRAFIK

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia telah melarang semua kenderaan berat memasuki semua lebuhraya pada hari ini (8 Jun) dan esok (9 Jun).

“Kami berharap ia akan dapat membantu mengurangkan kesesakan terutamanya di laluan-laluan mendaki,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Zakaria Ahmad Zabidi.

“Pergerakan trafik dari Utara ke Kuala Lumpur adalah perlahan di Seberang Perai, Taiping ke Changkat Jering serta di kawasan mendaki dari Terowong Menora ke Ipoh. Pergerakan trafik turut perlahan di laluan mendaki di Gua Tempurung, Tapah ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya. Di sebelah Selatan, trafik yang menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan di Sedenak, Senai dan Simpang Renggam ke Ayer Hitam. Trafik turut bergerak perlahan di laluan mendaki di antara Pedas Linggi dan Port Dickson,” jelas Zakaria.

PLUS juga menasihatkan semua pemandu supaya mendapatkan rehat yang cukup dengan berhenti rehat setiap 2 jam di kawasan rehat yang disediakan di sepanjang lebuhraya. Surau serta tandas awam juga turut disediakan di plaza-plaza tol untuk pelanggan.

Zakaria turut menasihatkan penunggang motorsikal supaya lebih berhati-hati ketika pulang ke Kuala Lumpur memandangkan kadar kematian yang dicatatkan oleh penunggang motorsikal yang terbabit di dalam kemalangan adalah amat membimbangkan berbanding kenderaan lain.

TRAVEL TIME ADVISORY ON THE NORTH-SOUTH EXPRESSWAY

 

LATEST: IPOH HIGHWAY TRAFFIC BACK TO NORMAL

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) confirms that the Ipoh highway stretch on the NSE is now operating as usual.

The repair works at KM272.7 (Northbound) were completed in less than 24 hours and yesterday at approximately 5:00 pm, all lanes were opened to vehicles.

PLUS takes this opportunity to thank all highway customers for their patience and cooperation.

The latest traffic updates on the PLUS highway are available via PLUSTrafik Twitter, the PLUS Mobile App and the toll-free PLUSLine 1800 88 0000.

TERKINI: LALUAN LEBUHRAYA DI IPOH DIBUKA SEPERTI BIASA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Ipoh kini dibuka sepenuhnya.

Semua kerja-kerja pembaikan di KM272.7 (Arah Utara) telah selesai sepenuhnya dalam tempoh kurang 24 jam dan semua lorong telah dibuka kira-kira jam 5:00 petang semalam, 28 Mei (Selasa).

PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik ketika kerja-kerja membaik-pulih tersebut dilaksanakan.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuhraya PLUS, pelanggan boleh mengikuti Twitter PLUSTrafik atau aplikasi PLUS Mobil atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000.

ENJOY 20% TOLL DISCOUNT ON ALL PLUS HIGHWAYS ON 1ST DAY OF AIDIL FITRI

2019 Eid celebrations is made even more cheerful as PLUS and LPT2 highway customers enjoy 20% toll discount on the first day of Hari Raya Aidilfitri on Wednesday, 5th June.

PLUS' Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “On 5th June, highway customers will be given 20% toll discount (effective for 24 hours) when they pay toll between 12:00 am and 11:59 pm. The discount is offered as an appreciation to our highway customers on the balik kampung journey this Aidilfitri.”

The 20% toll discount is for private vehicle customers traveling on the North-South Expressway (NSE), the New Klang Valley Expressway (NKVE), the Seremban-Port Dickson Expressway (SPDH), the North-South Expressway Central Link (ELITE), the Malaysia-Singapore Second Link Highway (Linkedua), the Butterworth-Kulim Expressway (BKE), the East-Coast Expressway 2 (LPT2) and the Penang Bridge.

For example, if the customer enters the highway at 10 pm on 4th June but exits the highway at 2 am on 5th June, the customer will enjoy the discount.

However, the discount will not be offered for toll transactions made at the Tanjung Kupang Toll Plaza (Linkedua). The discount also excludes customers who are currently enjoying the existing Penang Bridge 20% toll discount.

NIKMATI DISKAUN TOL SEBANYAK 20% DI SEMUA LEBUHRAYA PLUS PADA HARI RAYA PERTAMA

Sambutan dan kemeriahan Hari Raya Aidilftri tahun ini semakin bermakna apabila pelanggan lebuhraya PLUS dan LPT2 bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20% pada Hari Raya Pertama pada 5 Jun (Rabu) ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, “Pada 5 Jun ini, pelanggan lebuh raya PLUS akan diberikan diskaun tol sebanyak 20 peratus ketika membayar tol di antara jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam. Ia diberikan sebagai penghargaan terhadap sokongan pelanggan bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.”

Diskaun tol 20% ini diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian ketika mereka membayar tol di Lebuh raya PLUS iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jambatan Pulau Pinang. 

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan mula memasuki lebuh raya pada jam 10 malam pada 4 Jun tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran/transaksi tol pada jam 2 pagi pada 5 Jun, mereka tetap akan layak menikmati diskaun tersebut.

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua). Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada.

LATEST UPDATE (8:45 am): TEMPORARY CLOSURE OF IPOH SOUTH – IPOH UTARA HIGHWAY STRETCH (NORTHBOUND)

The highway stretch along the Ipoh South – Ipoh North interchange of the North-South Expressway is temporarily closed to all vehicles to facilitate ongoing repair work of a sinkhole at KM272.7 (Northbound).

PLUS highway customers heading north are advised to exit the highway via the Ipoh South Toll Plaza and re-enter the highway at Ipoh North Toll Plaza.

The repair work began after a PLUSRonda team identified a 2.1-meter-wide and 2.1-meter-deep sinkhole at KM272.7 (Northbound) while patrolling at 3.30 pm on Monday, 27th May. The left lane was closed immediately as a safety measure towards all highway customers.

PLUS’ series of extensive inspections at nearby locations confirmed no further sinkholes were identified. This anomaly did not result in any untoward incident involving its highway customers driving along that stretch.

The stretch will be fully opened upon completion of the repair work and advice from technical experts onsite.

All customers are advised to drive carefully and adhere to all traffic signages and instructions along the affected stretch.

PLUS will continuously share its latest traffic updates at the affected stretch via PLUSTrafik Twitter, PLUS Mobile app and electronic signages placed at strategic locations along the highway

TERKINI (8:45 pagi):
PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN IPOH SELATAN – IPOH UTARA (ARAH UTARA)

Laluan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara kini sedang ditutup kepada semua kenderaan bagi membantu kerja-kerja pembaikan jalan akibat mendapan lubang (sinkhole) di KM272.7 (Arah Utara).
Sehubungan dengan itu, pelanggan yang menuju ke utara dinasihatkan supaya keluar dari lebuhraya di Persimpangan Ipoh Selatan sebelum masuk semula ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Ipoh Utara.
Kerja-kerja pembaikan segera tersebut masih dijalankan setelah pasukan PLUSRonda menemui mendapan lubang berukuran 2.1 meter lebar dengan kedalaman 2.1 meter di KM272.7 (Arah Utara) ketika membuat rondaan kira-kira jam 3:30 petang pada Isnin, 27 Mei. Lorong kiri tersebut telah ditutup serta-merta untuk keselamatan pelanggan.
Pemeriksaan menyeluruh di kawasan berhampiran juga tidak menemui mendapan lubang yang lain. Kejadian tersebut juga tidak menyebabkan kemalangan atau kecederaan kepada pelanggan yang menggunakan laluan terbabit pada waktu itu.
Laluan akan dibuka semula secepat mungkin setelah semua kerja-kerja pembaikan selesai dan setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada pakar teknikal.
Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pelanggan yang menggunakan laluan terbabit supaya memandu berhati-hati serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.
PLUS turut menyalurkan maklumat terkini perkembangan trafik di kawasan terbabit menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile serta papantanda elektronik di lokasi strategik di lebuhraya.