PLUS MALAYSIA BERHAD

Traffic Monitoring Center (TMC)
Laman Utama > Perkhidmatan dan Kemudahan > Perkhidmatan > Pusat Pemantauan Trafik

Pusat Pemantauan Trafik (TMC)

Traffic Monitoring Centre (TMC)

Setiap hari, kira-kira 1.5 juta kenderaan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS yang terdiri daripada Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuhraya ELITE, Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Objektif utama PLUS adalah untuk menyediakan perjalanan yang selamat, lancar dan selesa bagi pengguna. Justeru itu, Pusat Kawalan Trafik (TMC) memainkan peranan penting sebagai nadi pengurusan trafik bagi lebuh raya PLUS.

Dikenali sebagai pusat pemantauan trafik yang paling canggih di negara ini, TMC beroperasi 24-jam setiap hari dan menguruskan lebih daripada 60% lebuh raya bertol di negara ini. TMC adalah sebahagian daripada usaha PLUS untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang lebih baik.

TMC menguruskan lebih daripada 200,000 panggilan setahun, dengan 45-75 kakitangan yang bertugas di pusat ini pada setiap hari. Fungsi utama TMC adalah mengumpul dan menyebarkan maklumat trafik terkini serta menyelaraskan bantuan untuk pengguna lebuh raya yang terkandas di lebuh raya.

TMC juga:

  • Mengurus talian 1800 88 0000 (PLUSLine) dan Telefon Kecemasan
  • Memantau pergerakan dan operasi kenderaan PLUSRonda
  • Mengurus peralatan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) seperti papantanda elektronik (VMS), Sistem Pengesanan Kenderaan Automatik (AVDS), Televisyen Litar Tutup (CCTV) dan Sistem GPS.
  • Menyebarkan maklumat lalu lintas kepada pengguna melalui stesen radio, papantanda elektronik (VMS), PLUSLine dan perkhidmatan Twitter PLUSTrafik.
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan (Polis, Jabatan Bomba, Ambulans dan lain-lain) dan menyediakan perkhidmatan trak tunda bagi memberi bantuan kepada kenderaan yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan dengan pantas.

Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh raya, TMC menggunakan sistem dan peralatan terkini dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, Switzerland, Jerman dan lain-lain.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter