PLUS MALAYSIA BERHAD

Services

PLUSRonda

PLUSRonda

Pasukan PLUSRonda yang ditubuhkan pada 1 April tahun 1990, adalah pasukan khas kami yang ditugaskan untuk mengadakan rondaan dan memberikan bantuan kepada pelanggan kami di mana ia diperlukan.

Sebagai kumpulan barisan hadapan, anggota PLUSRonda juga memeriksa Telefon Kecemasan serta perlatan lebuh raya yang lain mengikut jadual yang ditetapkan, dan mereka memastikan kerja membaiki semua kerosakan dilakukan dengan segera.

Pasukan PLUSRonda bertugas 24-jam sehari, 365 hari setahun, dan ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat dan lebih selesa untuk pengguna lebuh raya.

Di antara tugas-tugas pasukan PLUSRonda adalah:-

  • Membantu membaiki kerosakan kecil kenderaan yang terkandas di lebuh raya;
  • Menunda kenderaan ringan (Kelas 1 sahaja) ke plaza tol atau Kawasan Rehat dan Rawat yang terdekat;
  • Menguruskan lalulintas dan menyelaraskan perkhidmatan bantuan kecemasan.

Untuk mendapatkan bantuan PLUSRonda, pengguna boleh:-

  • Menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 yang beroperasi 24-jam setiap hari;
  • Menggunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2 kilometer di rangkaian lebuh raya PLUS

PLUS sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan PLUSRonda dengan memberi fokus terhadap pengurangan tempoh menunggu bantuan bagi pengguna yang terkandas di lebuh raya.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter