PLUS MALAYSIA BERHAD

Overhead Bridge Restaurant

Restoran Jejantas

Overhead Bridge Restaurant (OBR)

Restoran Jejantas (OBR) adalah kawasan rehat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna. Merentangi lebuh raya, ia adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia membolehkan pengguna menikmati kemudahan yang ditawarkan pada setiap arah lebuh raya. Restoran Jejantas juga memberi pengguna peluang pengguna lebuh raya untuk singgah di restoran yang berhawa dingin sambil memerhatikan lalu lintas di bawah.

Di antara kemudahan yang disediakan adalah restoran berhawa dingin, gerai makanan, kedai serbaneka, tandas, surau, tempat meletak kenderaan, taman permainan kanak-kanak, stesen minyak dan telefon awam.

Terletak di Sg. Buloh dan Ayer Keroh, restoran jejantas menjadi pilihan untuk ramai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.

OBR AYER KEROH

Restoran Jejantas AYER KEROH

Restoran Jejantas Ayer Keroh (OBR) telah dibuka secara rasmi pada 11 April 1999 oleh YAB Ketua Menteri Melaka. OBR ini adalah kemudahan kedua di Lebuhraya Utara-Selatan.

Fakta Ringkas
Lokasi : KM 210 Lebuhraya Utara-Selatan
Di antara Persimpangan Bertingkat Simpang Ampat & Ayer Keroh
Keluasan : 3,700 kaki persegi
Pembukaan Rasmi : 11 April 1999 Ketua Menteri Melaka

OBR SUNGAI BULOH

Restoran Jejantas SUNGAI BULOH

Restoran Jejantas (OBR) Sungai Buloh yang terletak di antara Persimpangan Bukit Lanjan dan Sungai Buloh telah dibuka secara rasmi pada 25 April 1998 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia.

Fakta Ringkas
Lokasi : KM 458.4 NSE
Antara Persimpangan Bukit Lanjan & Sungai Buloh
Keluasan : 3,700 kaki persegi
Pembukaan Rasmi : 25 April 1998 oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter