PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > KESESAKAN AKIBAT KEMALANGAN DI LALUAN TEROWONG MENORA - KUALA KANGSAR : SILA GUNA LALUAN ALTERNATIF

KESESAKAN AKIBAT KEMALANGAN DI LALUAN TEROWONG MENORA - KUALA KANGSAR : SILA GUNA LALUAN ALTERNATIF

PLUS menasihatkan pengguna yang menghala ke Kuala Kangsar atau Ipoh supaya keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan (bagi trafik dari Kuala Lumpur/Selatan) dan (bagi trafik dari Pulau Pinang/Utara) untuk meneruskan perjalanan mereka menggunakan laluan alternatif.

Ini berikutan kerja-kerja pengalihan serta pembersihan laluan akibat satu kemalangan maut serta kebakaran yang melibatkan sebuah treler bermuatan serbuk bijih besi dan sebuah kereta masih lagi dijalankan.

Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan ini mengambil msa yang panjang memandangkan serbuk bijih besi turut terbakar, cair dan mengeras di permukaan jalan dan menyukarkan kerja-kerja tersebut dijalankan.

PLUS berasa kesal dan memohon maaf atas kesulitan yang alami oleh semua pengguna lebuh raya.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, orang ramai boleh mengikuti Twitter PLUSTrafik

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter