PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > LEFT LANE AT SEVERAL STRETCHES ON PENANG BRIDGE STAGGEREDLY CLOSED UNTIL 30TH AUGUST

LEFT LANE AT SEVERAL STRETCHES ON PENANG BRIDGE STAGGEREDLY CLOSED UNTIL 30TH AUGUST

penang bridge_2PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to inform that left lane at several locations on the Penang Bridge will be staggeredly closed until 30th August to facilitate bridge routine maintenance works.

The left lane at these designated locations will be closed between 11am and 3pm except on Saturdays, Sundays and other Public Holidays.

PLUS also wishes to clarify that the routine and maintenance works is unrelated to the Penang Bridge Cable Routine and Maintenance Works which was completed on 31 July.

PLUS advises all Penang Bridge Users to plan their journey, follow all traffic signage and instructions given by PLUS personnel on site. Highway users are also advised to follow PLUSTrafik Twitter page or download the PLUS Mobile App to get the latest traffic update on the Penang Bridge, as well as all PLUS operated highways.

PLUS thanks all highway users for their attention and cooperation throughout the routine and maintenance work period.


PLUS TUTUP LORONG PERLAHAN DI JAMBATAN PULAU PINANG

SECARA BERPERINGKAT SEHINGGA 30 OGOS 2018

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa Kerja-Kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Rutin Struktur Bawah Jambatan Pulau Pinang kini sedang dijalankan sehingga 30 Ogos 2018.

Sehubungan itu, lorong perlahan di beberapa lokasi di Jambatan Pulau Pinang akan ditutup secara berperingkat bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin di antara jam 11 pagi hingga 3 petang setiap hari, kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am.

PLUS juga ingin menjelaskan bahawa kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaran rutin ini adalah tidak berkaitan dengan Kerja-Kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Berjadual Kabel Jambatan Pulau Pinang yang telahpun tamat pada 31 Julai lalu.

PLUS menasihatkan semua pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papantanda serta arahan yang dikeluarkan. Pengguna juga dinasihatkan supaya mengikuti laman Twitter PLUSTrafik ataupun memuat turun aplikasi PLUS Mobile App untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Jambatan Pulau Pinang serta semua lebuh raya kendalian PLUS.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna Jambatan Pulau Pinang semasa kerja-kerja dijalankan.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter