PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PENANG BRIDGE CABLE ROUTINE AND MAINTENANCE WORKS NOW COMPLETED: PLUS THANKS PENANG BRIDGE USERS

PENANG BRIDGE CABLE ROUTINE AND MAINTENANCE WORKS NOW COMPLETED: PLUS THANKS PENANG BRIDGE USERS

Penang bridgePLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to inform that the Scheduled Penang Bridge Cable Routine and Maintenance Works has been completed 21 days ahead of schedule.

As such, all lanes are now opened to highway users since 1 August 2018.

PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi said, "The comprehensive inspection and maintenance works was crucial to ensure the Penang Bridge cable structure and integrity are not compromised and safe at all times. The Penang Bridge cable is one of the most important structures that need to be inspected once every four (4) years to ensure its safety and stability".

"To date, PLUS had spent about RM218.5 million since the year 2000 to carry out Scheduled Penang Bridge Cable Routine and Maintenance Works. The figure includes the RM16 million spent for this year's Penang Bridge maintenance budget," added Zakaria.

The Scheduled Penang Bridge Cable Routine and Maintenance Works were divided into two phases. Phase 1 was carried out from East Bound (Penang Island to Seberang Perai) since 22 August 2017 until 11 February 2018, while Phase 2 was carried out from West Bound (Seberang Perai to Penang Island) since 26 February until 31 July 2018.

Throughout the routine and maintenance works period, PLUS had activated traffic diversion and contra flow lane at the stretch to ensure the safety of all 80,000 Penang Bridge users and the maintenance workers.

"As such, PLUS wishes to thank Penang Bridge users as well as the Government, Enforcement agencies and Local Authorities for their attention, patience and cooperation throughout the routine and maintenance works period," added Zakaria.

PLUS: KERJA-KERJA PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN KABEL BERJADUAL

JAMBATAN PULAU PINANG SELESAI SEPENUHNYA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa semua kerja-kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Berjadual Kabel Jambatan Pulau Pinang kini telah selesai sepenuhnya pada 31 Julai 2018, iaitu 21 hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Kini, semua lorong telah dibuka kepada pengguna lebuh raya sejak 1 Ogos 2018.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan secara menyeluruh adalah antara kerja-kerja berjadual yang dilaksanakan bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada di tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai. Kabel Jambatan Pulau Pinang merupakan elemen penting yang perlu diperiksa secara berjadual setiap empat (4) tahun untuk mengesan sebarang kerosakan".

"Untuk terus meningkatkan dan penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatan di jambatan tersebut, PLUS telah membelanjakan sebanyak RM218.5 juta sejak tahun 2000 untuk menjalankan kerja-kerja Penukaran, Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Berjadual Kabel Jambatan Pulau Pinang. Jumlah tersebut turut meliputi perbelanjaan kira-kira RM16 juta bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual kabel jambatan terbabit pada tempoh kali ini," tambah Zakaria.

Kerja-kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Berjadual Kabel Jambatan Pulau Pinang ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa Pertama dilaksanakan dari Arah Timur (Pulau Pinang ke Seberang Perai) sejak 22 Ogos 2017 hingga 11 Februari 2018, manakala Fasa Kedua dari Arah Barat (Seberang Perai ke Pulau Pinang) sejak 26 Februari 2018 hingga 31 Julai 2018.

Sementara itu, sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan, PLUS telah mengadakan lencongan jalan dan mengaktifkan laluan kontra di laluan terbabit bagi memastikan keselamatan kepada kira-kira 80,000 pengguna harian Jambatan Pulalu Pinang serta kakitangan penyelenggaraan terlibat.

"Justeru, PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian, kesabaran dan kerjasama semua pengguna Jambatan Pulau Pinang termasuk pihak Kerajaan dan Negeri, agensi penguatkuasa dan pihak berkuasa tempatan semasa kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dijalankan," tambah Zakaria.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter