PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > NEW SEREMBAN INTERCHANGE SLIP ROAD OPENS

NEW SEREMBAN INTERCHANGE SLIP ROAD OPENS

IMG-20180607-WA0077A new 1.3 kilometre slip road at the Seremban Interchange was open to PLUS highway users at 3:30 pm today.

The opening of the RM12 million highway access slip road is expected to provide convenience to some 18,000 daily users at the existing Seremban Toll Plaza, especially those coming from Seremban 2 and Bukit Kepayang.

With the opening of the new slip road, vehicles coming from Seremban 2 an d Bukit Kepayang are no longer required to cross Jalan Sungai Ujong to enter the northbound Seremban Toll Plaza as they can directly use the new slip road as they head towards Nilai and Kuala Lumpur. The opening of the new slip road is expected to alleviate the daily traffic congestion problem at Jalan Sungai Ujong and the Seremban Interchange.

Tuan Haji Aminuddin Harun, Negeri Sembilan Mentri Besar officiated the opening ceremony of the new slip road. Also present were Dato' Abdul Razak Jaafar, Ministry of Works Deputy Secretary General, Datuk Ir Ismail Md Salleh, Malaysian Highway Authority Director General and Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director.

Physical works of the new slip road started in January 2017 and all construction works was completed on 31st May. The new slip road is equipped with a 3-lane entry toll plaza including a SmartTAG lane, a Touch 'n Go lane and a dedicated motorcycle lane.

LALUAN SUSUR BAHARU PERSIMPANGAN BERTINGKAT SEREMBAN KINI DIBUKA

Laluan susur yang baharu untuk ke arah utara sepanjang 1.3 kilometer di Persimpangan Bertingkat Seremban kini dibuka kepada pengguna lebuh raya PLUS bermula jam 3:30 petang, hari ini.

Pembukaan laluan susur baharu bernilai RM12 juta tersebut dijangka dapat memberi sedikit kelegaan buat kira-kira 18,000 pengguna harian di Plaza Tol Seremban, terutamanya kenderaan yang datang dari arah Seremban 2 dan Bukit Kepayang.

Dengan pembukaan laluan susur terbabit, kenderaan dari arah Seremban 2 dan Bukit Kepayang tidak perlu lagi melintas Jalan Sungai Ujong untuk ke Plaza Tol Seremban (Arah Utara) yang sedia ada. Sebaliknya, mereka boleh terus menggunakan laluan susur baharu ini untuk ke arah Nilai dan Kuala Lumpur. Sekaligus, ia dijangka mengurangkan sedikit kesesakan lalulintas di Jalan Sungai Ujong dan di Persimpangan Bertingkat Seremban secara amnya.

Pembukaan rasmi laluan susur baru ini disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Harun. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Abdul Razak Jaafar, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Projek pembinaan jalan susur baru ini telah bermula pada Januari 2017 dan siap sepenuhnya pada 31 Mei baru-baru ini. Laluan susur baharu ini turut dilengkapi dengan sebuah plaza tol masuk berkapasiti 3 lorong termasuk lorong SmartTAG dan lorong Touch 'n Go serta laluan khas motosikal.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter