PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PENGURANGAN KADAR TOL DI PLAZA TOL SUNGAI BESI BERIKUTAN PENAMATAN KONSESI LEBUHRAYA METRAMAC

PENGURANGAN KADAR TOL DI PLAZA TOL SUNGAI BESI BERIKUTAN PENAMATAN KONSESI LEBUHRAYA METRAMAC

Lanjutan daripada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertajuk PENAMATAN KUTIPAN TOL JAJARAN KUALA LUMPUR-SEREMBAN EXPRESSWAY DAN SALAK EXPRESSWAY (YANG DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA JAJARAN METRAMAC) BERAKHIR PADA 31 MEI 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengambil peluang untuk memberi penerangan lanjut tentang pengumuman tersebut.

Untuk makluman, jajaran yang dimaksudkan di dalam kenyataan media tersebut adalah melibatkan laluan di antara Plaza Tol Sg Besi sehingga Persimpangan Jalan Klang Lama-Taman Desa.

Jajaran Lebuhraya_Metramac-01

Sehingga 31 Mei 2018, kutipan tol di laluan tersebut telah dikutip oleh PLUS bagi pihak Metramac yang merupakan pemegang konsesi bagi lebuhraya tersebut.

Berkuatkuasa 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran tol dikutip oleh PLUS bagi pihak Metramac. Pemberhentian kutipan tol ini adalah berikutan berakhirnya Konsesi Lebuhraya Metramac pada 31 Mei 2018 sepertimana yang dijadualkan.

Ini bermakna, dengan penamatan tempoh Konsesi Lebuhraya Metramac tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya PLUS ke destinasi Utara sehingga Juru atau destinasi Selatan sehingga Skudai dikurangkan di antara RM0.40 sehingga RM1.70 bergantung pada kelas kenderaan.

Sebagai contoh, bagi kenderaan Kelas 1, kadar tol baharu bagi laluan UPM-Sungai Besi, adalah RM0.80 berbanding RM1.60 sebelum ini. Pengguna laluan tersebut kini menikmati pengurangan kadar tol sebanyak RM0.80.

Berikut adalah beberapa contoh bayaran tol baharu mulai 1 Jun 2018 yang melibatkan transaksi keluar atau masuk di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya PLUS/ELITE di laluan antara Juru (Utara) hingga Skudai (Selatan):-toll table

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu bagi laluan-laluan lain di antara Juru-Skudai di lebuh raya kendalian PLUS menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter