PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > TUMPAHAN MINYAK DI R&R: PLUS TERPAKSA TUTUP SEMENTARA R&R GURUN (ARAH UTARA) UNTUK KESELAMATAN PENGGUNA AKIBAT KEMALANGAN LORI TANGKI DAN TUMPAHAN MINYAK

TUMPAHAN MINYAK DI R&R: PLUS TERPAKSA TUTUP SEMENTARA R&R GURUN (ARAH UTARA) UNTUK KESELAMATAN PENGGUNA AKIBAT KEMALANGAN LORI TANGKI DAN TUMPAHAN MINYAK

lorri4R&R Gurun (Arah Utara) terpaksa ditutup sementara kepada orang ramai pagi ini (Jumaat, 20 April) berikutan satu kemalangan sebuah lori tangki minyak di kawasan terbabit. Kemalangan tersebut menyebabkan sebahagian daripada 32,000 liter minyak petrol yang dibawa tumpah di gaung serta longkang yang berdekatan.

Untuk mengawal keadaan, pihak Bomba, HAZMAT, Jabatan Alam Sekitar serta PLUS telah menggunakan serbuk kayu dan tanah untuk mengelakkan tumpahan minyak mengalir ke kawasan berdekatan sebagai langkah pencegahan awalan.

Demi keselamatan orang ramai dan mematuhi prosidur keselamatan yang telah ditetapkan serta arahan daripada pihak Bomba, R&R Gurun (Arah Utara) terpaksa ditutup kepada pengguna lebuh raya bermula jam 8:30 pagi bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan dan penilaian lanjutan dikendalikan oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Penutupan tersebut juga adalah bagi mengurangkan risiko berlakunya kebakaran memandangkan ia melibatkan tumpahan cecair yang mudah terbakar.

Kerja-kerja pengalihan lori tangki serta permindahan minyak ke lori tangki gantian diadakan dengan pengawasan ketat pihak Bomba serta agensi berkaitan sebelum keadaan di kawasan persekitaran disahkan selamat untuk pengguna lebuh raya.

R&R Gurun (Arah Utara) dibuka kembali untuk pengguna lebuh raya kira-kira jam 2 petang tadi.

PLUS tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kejadian yang boleh mendatangkan kesan kepada keselamatan dan kesihatan pengguna lebuh raya. Justeru itu, penutupan sementara tersebut perlu diadakan untuk memastikan pengguna tidak terdedah kepada risiko kebakaran mahupun kesihatan. Semua proses pengalihan, pembersihan serta penilaian perlu dilakukan dengan teliti di dalam persekitaran yang terkawal dan selamat.

Setelah pemeriksaan dan penilaian dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa yang terbabit, tumpahan minyak tersebut didapati tidak serius dan berjaya dikawal sepenuhnya.

Maklumat serta perkembangan terkini kerja-kerja pengalihan dan pembersihan kejadian kemalangan lori serta tumpahan minyak tersebut telah disiarkan menerusi Twitter PLUSTrafik serta PLUS2u.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter