PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > RELOAD MADE EASY VIA SELF SERVICE KIOSK

RELOAD MADE EASY VIA SELF SERVICE KIOSK

SSK at_PLUS_toll_plaza_2PLUS highway users can now top-up their PLUSMiles or Touch ‘n Go cards at 32 Self-Service Kiosks (SSK) at selected Rest and Service Area (RSA) or toll plazas in addition to the existing Customer Service Centres or Reload Lanes.

The SSK machines are located at strategic locations such as ATM machines and food court areas at these selected RSAs – Tapah (both bounds), Seremban (both bounds), Sungai Perak (both bounds), Ayer Keroh (both bounds), Pagoh (both bounds), Dengkil (southbound), Gunung Semanggol (northbound), Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant (both bounds) RSAs and Simpang Pulai Lay-by (southbound).

The SSK machines, which operate 24-hours daily, are also available at selected toll plaza operations offices at Jalan Duta, Kota Damansara, Subang, Setia Alam, Bukit Raja, Rawang, Rawang Selatan, Bukit Beruntung, Tanjung Malim, Bidor, Sungai Besi, Kajang, Nilai, Seafield, USJ and KLIA.

On the introduction of the new service, PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi said, "There will be no additional service charges for reload transactions at SSK machines. Users can reload their PLUSMiles or Touch 'n Go card with optional values of RM10, RM20, RM50 or RM100."

On average, a reload transaction at SSK takes between 20 seconds and one minute through these 4 simple steps:-

  1. 1.Inserting PLUSMiles/Touch 'n Go card on the card reader slot
  2. 2.Selecting the reload options on the screen
  3. 3.Inserting cash
  4. 4.Taking the reload transaction receipts

"PLUS and Touch 'n Go also plan to add more SSKs along the highway to give more options and convenience to PLUS highway users," Zakaria said.

There are currently 112 SSK machines nationwide. The number is part of the 10,000 reload centres available nationwide including ATM machines, shopping centres, 24-hour convenience stores, petrol stations and so on.

TAMBAH NILAI DI MESIN LAYAN DIRI LEBIH MUDAH

SSK at_PLUS_toll_plaza_1Pengguna lebuh raya PLUS kini tidak perlu lagi mengunjungi Pusat Khidmat Pelanggan atau Lorong Tambah Nilai untuk menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka tetapi boleh berbuat demikian di 32 mesin layan diri (SSK) yang disediakan di kawasan rehat serta plaza tol terpilih di seluruh negara pada ketika ini.

Di R&R, mesin SSK disediakan di lokasi yang strategik seperti berhampiran mesin ATM, medan selera dan lain-lain. Pada ketika ini, mesin SSK disediakan di R&R Tapah (kedua-dua arah), R&R Seremban (kedua-dua arah), R&R Sungai Perak (kedua-dua arah), R&R Ayer Keroh (kedua-dua arah), R&R Pagoh (kedua-dua arah), R&R Dengkil (arah selatan), R&R Gunung Semanggol (arah utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh (kedua-dua arah) dan Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah selatan).

Mesin SSK turut disediakan di bangunan pejabat operasi plaza tol terpilih iaitu Jalan Duta, Kota Damansara, Subang, Setia Alam, Bukit Raja, Rawang, Rawang Selatan, Bukit Beruntung, Tanjung Malim, Bidor, Sungai Besi, Kajang, Nilai, Seafield, USJ dan KLIA.

Untuk kemudahan orang ramai, kesemua mesin SSK tersebut beroperasi 24-jam setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, “Semua transaksi tambah nilai di mesin SSK tidak akan dikenakan caj tambahan. Bagi setiap transaksi, pengguna boleh menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go mereka dengan nilai pilihan iaitu RM10, RM20, RM50 atau RM100.”

Secara puratanya, setiap transaksi tambah nilai di SSK mengambil masa di antara 20 saat hingga 1 minit menerusi 4 langkah mudah iaitu:-

  1. 1.Masukkan kad PLUSMiles/Touch ‘n Go pada slot pengimbas kad

  1. 2.Membuat pilihan tambah nilai pada skrin

  1. 3.Masukkan wang tunai

  1. 4.Mengambil resit transaksi tambah nilai

“Pihak PLUS dan Touch ‘n Go juga bercadang untuk menambah beberapa lagi SSK di sepanjang lebuh raya untuk memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk pengguna lebuh raya PLUS,” kata Zakaria.

Pada ketika ini, terdapat kira-kira 112 mesin SSK di seluruh negara. Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 10,000 pusat tambah nilai yang terdapat di seluruh negara termasuk mesin-mesin ATM, pusat membeli-belah, kedai serbaneka 24-jam, stesen minyak dan lain-lain lagi.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter