PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS CLARIFIES OIL SPILLAGE INCIDENT ON JELAPANG-MENORA TUNNEL HIGHWAY STRETCH

PLUS CLARIFIES OIL SPILLAGE INCIDENT ON JELAPANG-MENORA TUNNEL HIGHWAY STRETCH

Oil Spillage46825PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to clarify the traffic congestion that occurred on the at Jelapang-Menora Tunnel stretch on 22 March (Thursday).

The congestion was caused by an oil spillage incident from an oil tanker at KM263 (Northbound) at about 3.15 a.m. yesterday.

Following the incident, PLUS and relevant agencies had carried out immediate removal works, lane closure and cleaning works. All cleaning works was completed at about 4.15 p.m. and all lanes were reopened to public in stages.

Announcements on the cleaning works and the traffic congestion were made to highway users through various channels including the electronic message boards, the social media as well as the PLUS Mobile Apps.

Managing oil spillages requires longer period as it involves critical processes before the highway can be reopened. This includes using sawdust to absorb the spillage, road cleaning and others. The lanes were opened only after PLUS and the relevant authorities had conducted inspections to ensure the safety of our highway users.

PLUS also denies the claims that said the oil spillage was caused by of irresponsible individuals.


PLUS PERJELAS KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DI LALUAN JELAPANG-TEROWONG MENORA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memberi penjelasan kesesakan di laluan Jelapang-Terowong Menora pada 22 Mac (Khamis).

Untuk makluman, kesesakan tersebut berpunca daripada satu kejadian tumpahan minyak dari sebuah lori tangki di KM263 (Arah Utara) kira-kira jam 3:15 pagi semalam.

Sejurus kejadian tersebut, PLUS dan agensi yang berkaitan telah melaksanakan kerja-kerja pengalihan, penutupan jalan dan pembersihan dengan segera. Semua kerja-kerja pembersihan telah diselesaikan kira-kira jam 4.15 petang dan laluan telah dibuka secara berperingkat kepada orang ramai.

Maklumat tentang kerja-kerja pembersihan dan kesesakan lalu lintas telah disiarkan kepada pengguna menerusi pelbagai saluran termasuklah papantanda elektronik di lebuh raya, media sosial dan juga aplikasi PLUS Mobile Apps.

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak memerlukan tempoh agak lama untuk diselesaikan kerana ia melibatkan beberapa proses yang teliti sebelum laluan dibuka untuk pengguna termasuklah menggunakan serbuk kayu untuk menyerap tumpahan minyak, pencucian jalan dan sebagainya. Laluan akan hanya dibuka setelah PLUS dan agensi penguatkuasa yang berkaitan mengadakan pemeriksaan untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

PLUS juga menyangkal dakwaan beberapa pihak bahawa tumpahan minyak tersebut berpunca daripada perbuatan khianat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter