PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS STRATEGIZES TO DISPERSE TRAFFIC TO HELP HIGHWAY USERS ENJOY SMOOTHER AND MORE COMFORTABLE JOURNEY DURING CNY

PLUS STRATEGIZES TO DISPERSE TRAFFIC TO HELP HIGHWAY USERS ENJOY SMOOTHER AND MORE COMFORTABLE JOURNEY DURING CNY

IMG 7274PLUS Malaysia Berhad (PLUS) anticipates 1.6 million vehicles will use the North-South Expressway (NSE) on peak days during the upcoming Chinese New Year festive season. As such, various strategies will be applied to help highway users enjoy smoother and more convenient travel this festive season.

"We will be offering toll rebate on non-peak days and issuing the Travel Time Advisory (TTA) schedule to distribute traffic during the holidays," said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

According to Azman, PLUS expects traffic on the highway will reach its highest on 14, 15,18,19, 24 and 25 February.

"On these peak days, we anticipate the number of vehicles plying the highway will be around 1.6 million per day, which is an increase of 10.3 percent as compared to normal daily traffic. The highway stretches between Rawang and Simpang Pulai will see an increase in traffic between 127 percent to 145 percent as the public travels back to their hometowns," said Azman.

As for the 'Balik Kerja' journey back to the Klang Valley, traffic is expected to be heavy at Alor Setar-Sungai Dua, Jawi-Kuala Kangsar, Simpang Pulai-Slim River, Sungkai-Bukit Beruntung, Bukit Beruntung-Rawang, Seremban-Nilai, Ayer Keroh-Senawang, Yong Peng-Tangkak and Ayer Hitam-Pagoh stretches.

IMG 7302As such, PLUS focuses on strategies to distribute traffic by offering toll rebate and issuing the TTA.

20 Percent Toll Rebate Encourages Highway Users To Travel During Non-Peak Days

The 20 percent toll rebate is offered to Class 1 highway users with registered PLUSMiles and Touch 'n Go cards via PLUSMiles portal travelling more than 100 kilometres during 4 non-peak days which are on 12,13, 20 and 21 February.

"The 20 percent toll rebate for transactions via PLUSMiles cards is aimed at distributing traffic and rewarding registered PLUSMiles and Touch 'n Go cardholders for their continuous support," said Azman.

On the designated dates, highway users are still required to pay toll in full. The 20 percent toll rebates (in a form of toll reloads) can be reloaded into their registered PLUSMiles and Touch 'n Go cards when they top-up their cards at all PLUS customer service centres from 15 March until 14 June 2018.

TTA Prevents Traffic Entering the Highway at the Same Time

Apart from the toll rebate, PLUS is also issuing a Travel Time Advisory (TTA) to help public to plan their journey and distribute the traffic during the upcoming festive season.

According to Azman, "The TTA, which caters for highway travel from 9 February to 25 February, is aimed at distributing the traffic and prevents vehicles from converging on the highway at the same time as it can contribute to congestion and delays."

Based on the TTA, highway users from the Klang Valley heading towards further destinations such as Johor, Perlis, Kedah, Penang and North Perak are advised to enter the highway before 10.00 am.

For those heading towards nearer locations such as Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Central Perak and South Perak, they are advised to enter the highway after 10.00 am.

"The TTA is designed to prevent traffic heading towards further destinations from converging with those heading to nearer ones," Azman explained.

Strengthening Highway Operations

PLUS will also focus on highway operations to help highway users enjoy smoother and more comfortable journey this festive season.

"Among them are increasing the number of PLUSRonda teams and patrolling on the highway. During the upcoming festive season, the current 188 PLUSRonda teams will be increased to 218 teams to ensure the work of removing obstacles and stranded vehicles along the highway can be executed faster," said Azman.

Contra flows will also be activated at a few critical locations along the highway to ensure smoother traffic flow upon clearance from the police.

(Please refer attachment for more details on PLUS preparations for the festive season)

More Than 5,000 Personnel to Assist Highway Users

According to Azman, more than 5,000 personnel will be stationed on the highways to assist highway users throughout the festive season.

Reload Lanes To Be Temporarily Closed To Facilitate Smoother Passage at Toll Plazas

To facilitate smoother passage at the toll plazas, all toll plaza Reload Lanes will be temporarily closed from 14th February until 25th February.

According to Azman, lengthy top-up process at Reload Lanes often leads to congestion during peak hours and this prompted PLUS to close all toll plaza Reload Lanes as it did during the previous festive seasons.

As such, PLUS advises the public to top-up their PLUSMiles or Touch 'n Go cards at the Customer Service Centre at selected toll plazas which operates daily between 7:00 am and 10:00 am.

PLUSMiles and Touch 'n Go cardholders can also top-up their cards at any of 32 Self-Service Kiosks (SSK) at selected rest areas and toll plazas along the highway.

Reload centres are also available at 9,200 locations nationwide including petrol stations, malls, convenience stores and others.

"We advise all highway users to reload their cards before they enter the highway and start their journey," added Azman.

Azman was quoted at a media briefing at Persada PLUS today on PLUS' strategies in coping with the expected traffic increase in conjunction with the upcoming Chinese New Year festive season.

Also present was PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi.


PLUS ATUR STRATEGI HADAPI PERTAMBAHAN TRAFIK DAN BANTU PENGGUNA LEBUH RAYA NIKMATI PERJALANAN LEBIH LANCAR DAN SELESA DI LEBUH RAYA PADA CUTI TAHUN BAHARU CINA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada setiap hari puncak pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Sehubungan dengan itu, PLUS telah mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa bersempena dengan musim perayaan tersebut.

"Di antara strategi utama kami adalah untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari bukan puncak menerusi pemberian rebat tol dan mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Menurut Azman, PLUS menjangkakan Lebuhraya Utara-Selatan akan mencatatkan jumlah trafik yang tertinggi pada 14, 15, 18, 19, 24 dan 25 Februari.

"Pada hari-hari puncak tersebut, jumlah trafik di lebuh raya dijangka mencecah 1.6 juta kenderaan setiap hari, iaitu peningkatan sebanyak 10.3 peratus berbanding hari-hari biasa. Laluan-laluan di antara Rawang hingga Simpang Pulai dijangka mencatat peningkatan trafik di antara 127 hingga 145 peratus ketika orang ramai pulang ke kampung," katanya.

Bagi perjalanan balik kerja (kembali ke Lembah Klang) pula, laluan-laluan yang dijangka sibuk adalah Alor Setar-Sungai Dua, Jawi-Kuala Kangsar, Simpang Pulai-Slim River, Sungkai-Bukit Beruntung, Bukit Beruntung-Rawang, Seremban-Nilai, Ayer Keroh-Senawang, Yong Peng-Tangkak dan Ayer Hitam-Pagoh.

Justeru, PLUS memberi fokus terhadap strategi mengagihkan trafik pada musim perayaan yang akan datang menerusi pemberian rebat tol dan mengeluarkan jadual TTA.

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Galak Orang Ramai Bergerak Pada Hari Bukan Puncak

Rebat tol 20 peratus ditawarkan pada 4 hari bukan puncak iaitu 12, 13, 20 dan 21 Februari. Pada tarikh-tarikh tersebut, rebat 20 peratus diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go yang telah didaftarkan menerusi portal PLUSMiles.

"Penawaran rebat tol 20 peratus tersebut merupakan langkah PLUS untuk menggalakkan orang ramai bergerak pada hari-hari bukan puncak di samping memberi penghargaan kepada pemegang-pemegang kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang berdaftar dengan portal PLUSMiles kami," tambah Azman.

Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 20 peratus akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau Touch 'n Go masing-masing (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila pemegang kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang berdaftar menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

TTA Elak Kenderaan Memasuki Lebuh Raya Secara Serentak

Selain daripada pemberian rebat tol, PLUS turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka pada musim perayaan yang akan datang.

Menurut Azman, "TTA yang dikeluarkan untuk perjalanan lebuh raya pada 9 Februari hingga 25 Februari ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan terkumpul dan 'bertembung' di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama kerana ia boleh menyumbang kepada kesesakan."

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Manakala orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.

"Dengan mematuhi TTA yang dikeluarkan PLUS, pergerakan trafik di lebuh raya akan menjadi lebih lancar kerana kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh tidak akan bertembung dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat," jelas Azman.

Mantap Operasi Lebuhraya Untuk Beri Lebih Keselesaan

Selain daripada itu, PLUS juga akan turut memberi fokus terhadap aspek pengurusan operasi lebuh rayanya bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa pada musim perayaan ini.

"Di antaranya termasuklah menambah jumlah pasukan dan meningkatkan rondaan pasukan PLUSRonda. Pada musim perayaan yang akan datang, jumlah pasukan PLUSRonda akan ditambah kepada 218 pasukan berbanding 188 pada ketika ini bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan kenderaan yang terkandas di lebuh raya dilaksanakan dengan lebih pantas dan mengurangkan gangguan terhadap perjalanan di lebuh raya," kata Azman.

PLUS juga akan mengaktifkan laluan kontra di lokasi-lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya untuk melancarkan perjalanan trafik sejurus mendapat persetujuan daripada pihak Polis.

(Sila rujuk lampiran untuk butiran persediaan operasi PLUS)

Lebih 5,000 Petugas Bersedia Bantu Pengguna Lebuhraya

Menurut Azman, lebih daripada 5,000 petugas bersedia memberi bantuan kepada pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan yang akan datang.

Tutup Operasi Lorong Tambah Nilai Untuk Lancar Pergerakan Kenderaan di Plaza Tol

Bagi mengurangkan gangguan terhadap perjalanan orang ramai, PLUS juga akan turut menutup sementara Lorong Tambah Nilai di plaza-plaza tol mulai 14 Februari hingga 25 Februari yang akan datang.

Menurut Azman, urusan menambah nilai di lorong tol menyumbang kepada kesesakan pada hari-hari puncak. Justeru, sepertimana yang dilaksanakan pada musim-musim perayaan yang lalu, semua lorong tambah nilai akan ditutup kepada orang ramai.

Oleh itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka di Pusat Khidmat Pelanggan di plaza-plaza tol terpilih yang dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, orang ramai juga boleh menambah nilai di 32 Kiosk Layan Diri (Self-Service Kiosk) yang disediakan di plaza tol dan R&R terpilih di sepanjang lebuh raya.

Pusat tambah nilai turut disediakan di kira-kira 9,200 lokasi di seluruh negara termasuk stesen minyak, pasaraya, kedai serbaneka 24-jam dan lain-lain lagi.

"Kami menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad mereka lebih awal sebelum mereka memasuki lebuh raya dan memulakan perjalanan," tambah Azman.

Azman berkata demikian pada majlis taklimat kepada wakil-wakil media di Persada PLUS hari ini bagi menghebahkan persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik di musim perayaan yang akan datang.

Turut hadir adalah Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter