PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Travel Time Advisory > Cadangan Waktu Perjalanan Krismas 2017

Cadangan Waktu Perjalanan Krismas 2017

TTA Hari_Krismas_2017_MalaySepertimana pada musim cuti perayaan tahun-tahun sebelum ini, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan sempena perayaan Krismas iaitu di antara 22 Disember hingga 27 Disember ini.

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim cuti dan perayaan yang lalu.

Jadual tersebut berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan.

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor disarankan supaya memulakan perjalanan dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 10:00 pagi. Manakala, orang ramai yang menuju ke lain-lain negeri dinasihatkan memasuki lebuh raya selepas jam 10:00 pagi.

TTA memainkan peranan yang penting dalam mengagihkan trafik di lebuh raya. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai mematuhi jadual perjalanan ini, ia dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama. Oleh itu, perjalanan menjadi lebih lancar dan lebih selesa.

Lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak. Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada tempoh tersebut supaya mengikuti TTA.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan Krismas. Ia merupakan peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter