PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Travel Time Advisory > Rebat Tol Krismas 2017

Rebat Tol Krismas 2017

06b Rebate_Hari_Krismas_2017_New_BMPLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus serta mengeluarkan jadual perjalanan bagi membantu mengagihkan trafik pada cuti perayaan Christmas yang akan datang.

Rebat tol 20 peratus tersebut ditawarkan sepanjang hari pada 25 Disember 2017. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.

Sementara itu, pengguna kad Touch 'n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada tarikh tersebut.

Penawaran rebat 20 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles. Manakala, rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS. Ia ditawarkan sepanjang hari pada tarikh tersebut.

Pada 25 Disember nanti, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 20 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Januari 2018 sehingga 14 April 2018 akan datang. Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter