PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Travel Time Advisory > Rancang Perjalanan Krismas 2017

Rancang Perjalanan Krismas 2017

25446437 325842811229632_1930221774384071211_nPastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go anda mempunyai baki

yang mencukupi menjelang cuti perayaan Krismas tahun ini.

- Pesanan dari Janna Nick

Sempena menjelangnya cuti perayaan Krismas, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus serta mengeluarkan jadual perjalanan bagi membantu mengagihkan trafik yang akan meningkat berbanding hari-hari biasa.

Baki Kad_Mencukupi-01Kesemua operasi 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol Lebuhraya PLUS

akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Disember 2017 hingga 2 Januari 2018.

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol, operasi semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Disember 2017 hingga 2 Januari 2018.

Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh orang ramai beratur untuk menambah nilai kad mereka.

Lokasi Tambah_Nilai_Artboard_1Terdapat 9,200 lokasi tambah nilai yang lain.

Sila klik http://bit.ly/2pAXrXm untuk mendapat info lanjut.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi. Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.

Klik http://bit.ly/28PgeVV untuk melihat senarai Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter