PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > 20 PERCENT TOLL REBATE FOR CHRISTMAS

20 PERCENT TOLL REBATE FOR CHRISTMAS

PLUSMILES-SmallPLUS Malaysia Berhad (PLUS) is offering 20 percent toll rebate for PLUSMiles cardholders on 25 December in conjunction with Christmas. It is part of an effort to reward PLUS customers for their continuous support and at the same time, celebrate the holiday.

Meanwhile, Touch 'n Go cardholders will be able enjoy a 10 percent toll rebate when they pay toll on 25 December.

"The 20 percent toll rebate for transactions via PLUSMiles cards is aimed at rewarding PLUSMiles loyal customers for their support. The 10 percent toll rebate, on the other hand, is given for electronic toll transactions via normal Touch 'n Go card," said PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi.

Both rebates are offered to Class 1 highway users travelling more than 100 kilometres on all PLUS-operated highways. They can be enjoyed all day on 25 December.

On 25 December, highway users are still required to pay toll in full. The 20 percent and 10 percent toll rebates (in a form of toll reloads) can be reloaded into their cards when they top-up their cards at all PLUS customer service centres from 15 January 2018 until 14 April 2018.

The toll rebate, however, does not apply for toll payments at Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang and Penang Bridge Toll Plazas.

PLUS TAWAR REBAT TOL 20 PERATUS SEMPENA CUTI KRISMAS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pemegang kad PLUSMiles pada cuti perayaan Krismas 25 Disember ini. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk pengguna lebuh raya yang meraikan cuti perayaan Krismas serta menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.

Sementara itu, pengguna kad Touch 'n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada tarikh tersebut.

"Penawaran rebat tol 20 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles. Manakala, rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS. Ia ditawarkan sepanjang hari pada 25 Disember.

Pada 25 Disember, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 20 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Januari 2018 sehingga 14 April 2018 yang akan datang.

Walau bagaimanapun, rebat ini tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter