PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > Travel Time Advisory > Rebat Tol Deepavali 2017

Rebat Tol Deepavali 2017

Rebat Tol Untuk Perjalanan Pada Hari Bukan Puncak

Rebate Deepavali_2017-01667

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus serta mengeluarkan jadual perjalanan bagi membantu mengagihkan trafik pada cuti perayaan Deepavali yang akan datang.

Rebat tol 20 peratus tersebut ditawarkan sepanjang hari pada 18 Oktober. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.

Sementara itu, pengguna kad Touch 'n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada tarikh tersebut.

Penawaran rebat 20 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles. Manakala, rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS. Ia ditawarkan sepanjang hari pada tarikh tersebut.

Pada 18 Oktober nanti, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 20 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 November hingga 14 Februari 2018 yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter