PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Travel Time Advisory > Rancangan Perjalanan Deepavali 2017

Rancangan Perjalanan Deepavali 2017

Janna Nick_Deepavali_tambah_nilai



















Pastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go anda mempunyai baki

yang mencukupi menjelang cuti perayaan Deepavali tahun ini.

- Pesanan dari Janna Nick

Sempena menjelangnya cuti perayaan Deepavali, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus serta mengeluarkan jadual perjalanan bagi membantu mengagihkan trafik yang akan meningkat berbanding hari-hari biasa.

Baki Kad_Mencukupi-01

Kesemua operasi 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol Lebuhraya PLUS

akan ditutup kepada orang ramai mulai 17 Oktober hingga 19 Oktober 2017.

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol, operasi semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol akan ditutup kepada orang ramai mulai 17 Oktober hingga 19 Oktober 2017.

Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh orang ramai beratur untuk menambah nilai kad mereka.

Lokasi Tambah_Nilai-01647

Terdapat 9,200 lokasi tambah nilai yang lain.

Sila klik http://bit.ly/2pAXrXm untuk mendapat info lanjut.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi. Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.

Klik http://bit.ly/28PgeVV untuk melihat senarai Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter