PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > HIGHWAY STRAY ANIMALS: PLUS ENGAGES LOCAL COMMUNITIES TO COMBAT VANDALISM OF HIGHWAY FENCES

HIGHWAY STRAY ANIMALS: PLUS ENGAGES LOCAL COMMUNITIES TO COMBAT VANDALISM OF HIGHWAY FENCES

IMG-20171015-WA0012PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is aggressively collaborating with local communities to curb vandalism of highway fences along the mainline.

"Local communities play a crucial role in combating vandalism of highway fences. These fences are built to prevent livestocks and other animals from straying onto the mainline. However, they are frequently vandalised and stolen by irresponsible individuals which makes it easier for cows and other animals roaming nearby to enter the mainline and pose a threat to highway users," said PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi.

Based on PLUS statistics, 5 accidents were caused by stray animals along the Senawang-Pedas Linggi highway stretch in 2015. The number increased to 9 the following year. Between January and June this year, 2 accidents were recorded along the designated stretch.

IMG-20171015-WA0019"As such, we are collaborating with the locals to address this issue. With the local communities' cooperation, we will be able to reduce the number of accidents caused by stray animals. Most of them are not aware of the gruesome impacts of vandalised highway fences," Zakaria added.

Zakaria also advises those residing along the mainline and driving on the highway to immediately alert PLUS through the 24-hour toll-free PLUSLine 1800 88 0000 if they spot any vandalised fences.

"Immediate repair or replacement works will be carried out upon notification as we do not compromise on the safety of our users. Simultaneously, PLUSRonda teams are also on alert and in a constant lookout for damaged fences during their patrols," he said.

Zakaria was quoted at PLUS' Engagement and Road Safety Awareness Programme in Rantau, today. The event was graced by the Negeri Sembilan Mentri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

The safety-related event, held at Kampung Kanchong Community Hall, consisted of a series of road safety talks by PLUS and the Police as well as infotainment side events such as exhibition, health checks, futsal tournament, busking performance and road safety quiz.

"These types of events will be continuously organised to educate the public and make our roads safer for all," Zakaria said.


ISU HAIWAN TERNAKAN MEMASUKI LEBUH RAYA: PLUS DAPATKAN KERJASAMA PENDUDUK SEKITAR

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) secara berterusan bekerjasama dengan penduduk sekitar untuk mengatasi masalah vandalisme pagar yang menyumbang kepada kemasukan haiwan ternakan ke kawasan lebuh raya.

"Penduduk di kawasan sekitar memainkan peranan yang penting dalam mengatasi kegiatan vandalisme pagar yang dibina untuk menghalang haiwan ternakan dan lain-lain daripada memasuki kawasan lebuh raya. Namun begitu, pagar-pagar ini sering kali dirosakkan dan dicuri oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan ini memudahkan lembu dan haiwan-haiwan lain yang berkeliaran di kawasan berdekatan memasuki lebuh raya. Ini mendatangkan risiko kepada pengguna lebuh raya," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

Menurut statistik PLUS, sebanyak 5 kejadian kemalangan berpunca daripada haiwan ternakan berkeliaran di laluan Senawang-Pedas Linggi direkodkan pada tahun 2015. Jumlah tersebut meningkat kepada 9 pada tahun berikutnya. Manakala, sebanyak 2 kes direkodkan di laluan yang sama di antara Januari hingga Jun tahun ini.

"Justeru, kami bekerjasama dengan penduduk yang tinggal berdekatan dengan lebuh raya untuk menangani isu ini. Menerusi kerjasama seumpama ini, jumlah kemalangan yang berpunca daripada haiwan ternakan berkeliaran di lebuh raya dapat dikurangkan," jelas beliau.

Zakaria turut menyeru penduduk sekitar dan pengguna lebuh raya agar melaporkan sebarang kegiatan vandalisme pagar lebuh raya kepada PLUS melalui talian bebas tol 24-jam PLUSLine di talian 1800 88 0000.

"Kerja-kerja membaik-pulih atau menggantikan pagar yang rosak akan diilakukan secepat mungkin sejurus mendapat laporan dan maklumat daripada orang ramai kerana kami amat memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan pengguna lebuh raya kami. Pasukan PLUSRonda turut ditugaskan untuk memeriksa dan memberi perhatian terhadap pagar lebuh raya ketika mereka mengadakan rondaan," kata Zakaria.

Zakaria berkata demikian pada Program Kesedaran Keselamatan PLUS Bersama Penduduk Kampung & Ladang Mukim Rantau, hari ini. Turut hadir pada program tersebut adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohammad Haji Hasan.

Pada program ini, PLUS dan pihak Polis turut menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar. Turut diadakan adalah pameran keselamatan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan futsal, persembahan 'busking' dan kuiz keselamatan jalan raya.

"Program-program seperti ini akan dianjurkan secara berterusan untuk mendidik orang ramai dalam menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua," kata Zakaria.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter