PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS TO TEMPORARILY CLOSE TOLL PLAZA RELOAD LANES FOR SMOOTHER PASSAGE DURING FESTIVE SEASON

PLUS TO TEMPORARILY CLOSE TOLL PLAZA RELOAD LANES FOR SMOOTHER PASSAGE DURING FESTIVE SEASON

IMG-20171011-WA0013PLUS Malaysia Berhad (PLUS) anticipates that traffic flow at toll plazas will be a bit congested in view of the upcoming Deepavali holidays. To facilitate smoother traffic flow at toll plazas and reduce congestion due to users queuing up at the Reload Lanes, PLUS will temporarily close all Reload Lanes at toll plazas.

As such, all 134 Reload Lanes at PLUS Highways toll plazas will be closed to the public beginning 17 October until 19 October in conjunction with the Deepavali holidays.

However, the existing reload lanes at the Bukit Kayu Hitam and Bangunan Sultan Iskandar toll plazas are not included in this closure.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "On average, a top-up process can take up to 3 minutes per vehicle. As such, the temporary closure is crucial to prevent long queues at toll plazas during the festive season," Azman explained.

As such, PLUS advises all highway users to ensure that they have sufficient balance in their PLUSMiles or Touch 'n Go cards before they enter the highway. The public can top-up their cards at 9,200 other reload locations such as ATM machines, 24-hours convenience stores and petrol stations, to name a few.

"Highway users can also top-up their cards at all petrol stations at all rest and service areas along the mainline," he added.

The same move was implemented during the recent Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, National Day and Hari Raya Aidiladha holidays.

"Based on our observation and study, the move was able to reduce traffic congestion at the toll plazas. That prompted us to continue the same approach this festive season and the upcoming festive season," Azman explained.


LANCAR PERJALANAN DI PLAZA TOL DI MUSIM PERAYAAN – PLUS TUTUP SEMENTARA LORONG TAMBAH NILAI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan laluan di plaza-plaza tol akan menjadi sesak bersempena dengan cuti persekolahan dan perayaan Deepavali yang akan datang. Bagi membantu melancarkan lagi perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka berlaku akibat orang ramai beratur di lorong-lorong Tambah Nilai di plaza tol, PLUS akan menutup sementara semua operasi Lorong Tambah Nilai tersebut.

Justeru, kesemua 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada pengguna mulai 17 Oktober hingga 19 Oktober yang akan datang bersempena dengan cuti perayaan Deepavali.

Walau bagaimanapun, penutupan ini tidak melibatkan lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur untuk menambah nilai kad mereka pada musim perayaan ini," jelas Azman.

Justeru itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

"Pengguna juga boleh menambah nilai kad mereka di semua stesen minyak di semua R&R di sepanjang lebuh raya," tambah beliau.

Langkah yang sama telah diambil oleh PLUS pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Kebangsaan dan perayaan Aidiladha yang lalu.

"Berdasarkan pemerhatian dan kajian kami, langkah menutup sementara semua perkhidmatan Lorong Tambah Nilai pada musim perayaan yang lalu telah berjaya mengurangkan kesesakan di plaza tol. Justeru itu, kami akan menggunakan pendekatan yang sama pada musim perayaan ini dan perayaan yang akan datang," jelas Azman.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter