PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > KLIP VIDEO BANJIR DI KEDAH BERLAKU PADA TAHUN 2010

KLIP VIDEO BANJIR DI KEDAH BERLAKU PADA TAHUN 2010

banjir1

banjir2

banjir3PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada satu rakaman video berhubung kejadian banjir di Lebuhraya Utara-Selatan di Utara yang sedang tular dan dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp pada ketika ini.

PLUS ingin memaklumkan bahawa rakaman tersebut telah diambil ketika kejadian banjir di KM32 hingga KM34 di laluan Kepala Batas-Jitra di Lebuhraya Utara-Selatan pada 1 & 2 November 2010.

PLUS juga ingin menegaskan bahawa tiada laluan ditutup dan semua laluan di Lebuhraya Utara-Selatan boleh digunakan oleh orang ramai pada ketika ini.

Justeru, PLUS menggalakkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di semua lebuh raya kendalian syarikat ini dengan mengikuti laman Twitter PLUSTrafik dan aplikasi PLUS Mobile Apps.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan lebih fokus ketika memandu di dalam hujan.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter