PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS INVESTED RM260 MILLION FOR REST AREA UPGRADE SINCE 2005

PLUS INVESTED RM260 MILLION FOR REST AREA UPGRADE SINCE 2005

rsa-SgPerak-NB2PLUS Malaysia Berhad (PLUS) invested almost RM260 million since 2005 to upgrade selected rest and service areas (RSA) and lay-bys in an effort to ensure the public enjoy a more comfortable journey on the highways.

PLUS Chairman, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Kassim said, "For this year alone, PLUS allocates approximately RM11 million for upgrading projects at selected RSAs and lay-bys. It is part of our commitment to provide the best highway service and help the public enjoy comfortable journey on the mainline."

According to Sheriff, RSAs and lay-bys are important components of the highway system as they promote safety on the highway by offering highway users the opportunity to break their journey and rest.

"These rest areas also contribute to the socio-economic development of the surrounding communities by providing business and employment opportunities to the locals," he added.

Studies show that RSAs and lay-bys along the PLUS highways created more than 5,500 employment opportunities and more than 700 local entrepreneurs.

Sheriff was quoted at the PLUS' Best Decorated Rest Area Competition prize giving ceremony in conjunction with the National Month celebration held at the Persada PLUS Subang, today.

Ayer Keroh (Southbound) Won Best Decorated Rest Area Competition

At this year's competition, held in conjunction with the National Month Celebration, Ayer Keroh (Southbound) RSA came out on top.

Second place went to Bukit Gantang (Southbound) while Sungai Perak (Northbound) RSA third. Machap (Northbound) RSA and Simpang Pulai (Southbound) Lay-by emerged 4th and 5th place winners.

The Ayer Keroh (Southbound) RSA walked away with RM10,000 in cash. Meanwhile, second and third place winners brought home RM8,000 dan RM6,000 respectively. Fourth and fifth place winners, on the other hand, received RM5,000 and RM4,000 cash prizes.

According to Sheriff, "The Best Decorated Rest Area Competition was organised throughout the National Month to promote patriotism among stall operators, business partners and highway users. It was part of the Company's efforts to add to the excitement for both celebrations."

Each participating RSA has to creatively decorate their rest area in accordance to the 'Negaraku, Sehati Sejiwa' theme throughout the National Month since 16 August. The winners were judged based on theme, decoration and layout, creativity, as well as teamwork amongst the stall operators.

Meanwhile, Mohd Bakri Talib from Keramat, Kuala Lumpur emerged as winner for PLUS' InstaVideo #JiwaiRukunNegara #PLUSDisisiAnda Contest and brought home a RM1,000.00 cash prize via SSPN-i Savings Account.

The contest, which was organised via PLUS_Malaysia Instagram page from 21 August to 4 September, was held in conjunction with the Company's #Negaraku #JiwaiRukunNegara Campaign.

The contest also offered RM300 cash prizes totalling RM10,000.00 via SSPN-i Savings Account to 30 winners.

Participants were required to post videos of their children, siblings or relatives under 12 years old reciting the Rukun Negara.


PLUS LABUR RM260 JUTA SEJAK 2005 UNTUK TINGKAT KESELESAAN PENGGUNA R&R

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membelanjakan kira-kira RM260 juta sejak tahun 2005 untuk menaiktaraf kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah di rangkaian lebuh rayanya bagi membolehkan orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa.

Menurut Pengerusi PLUS, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, "Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM11 juta telah diperuntukkan untuk menaiktaraf beberapa R&R dan hentian sebelah terpilih tahun ini. Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik untuk orang ramai."

Menurut Sheriff, PLUS amat memberi penekanan terhadap pembangunan kawasan R&R dan hentian sebelah kerana ia boleh menarik lebih ramai pemandu berhenti rehat. Secara tidak langsung, ia meningkatkan lagi tahap keselamatan di rangkaian lebuh raya PLUS apabila mereka menyambung semula pemanduan dalam keadaan yang lebih cergas dan segar.

"Selain itu, kawasan-kawasan rehat turut membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat dengan membuka peluang perniagaan dan peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar," tambah beliau.

Berdasarkan rekod dan kajian, kewujudan kawasan rehat di sepanjang lebuh raya PLUS berjaya menyediakan lebih daripada 5,500 peluang pekerjaan dan lebih 700 peniaga dan usahawan kecil tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawasan Rehat Berhias Terbaik dan Peraduan InstaVideo #JiwaiRukunNegara #PLUSDisisiAnda sempena Bulan Kebangsaan di Persada PLUS, Subang hari ini.

R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) Juara Pertandingan R&R Berhias Terbaik

Pada pertandingan yang diadakan setiap tahun bersempena dengan Bulan Kebangsaan, R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) diumumkan sebagai Juara pada tahun ini.

Hentian rehat yang terletak di KM209.9 di Lebuhraya Utara-Selatan tersebut menewaskan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) di tempat kedua, R&R Sungai Perak (Arah Utara) di tempat ketiga, R&R Machap (Arah Utara) keempat dan Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan) kelima.

Sebagai Juara, R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) berjaya memenangi wang tunai RM10,000 berserta sijil. Manakala pemenang-pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM6,000. Pemenang tempat keempat pula membawa pulang wang tunai RM5,000 dan tempat kelima RM4,000.

Menurut Sheriff, "Pertandingan Kawasan Rehat Berhias Terbaik ini diadakan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan serta menanamkan semangat patriotisme di kalangan Rakan Niaga R&R dan pengguna lebuh raya di kawasan rehat di semua rangkaian lebuh raya PLUS".

Dalam pertandingan pada tahun ini, setiap R&R yang bertanding perlu dihias mengikut tema 'Negaraku, Sehati Sejiwa' bermula 16 Ogos lalu dan diadili berdasarkan empat kriteria utama iaitu idea dan konsep bertepatan tema, gubahan susun reka atur dan reka letak, kreativiti dan kerjasama di antara Rakan Niaga di R&R masing-masing.

Dalam masa yang sama, Mohd Bakri Talib daripada Keramat, Kuala Lumpur telah muncul pemenang utama bagi Peraduan InstaVideo #JiwaiRukunNegara #PLUSDisisiAnda dan membawa pulang hadiah wang tunai Akaun Simpanan SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) sebanyak RM1,000.00.

Peraduan ini dianjurkan melalui Instagram PLUS_Malaysia bersempena Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara yang dilancarkan oleh PLUS bermula 21 Ogos sehingga 4 September lalu.

Peraduan ini turut menawarkan hadiah wang tunai Akaun Simpanan SSPN-i sebanyak RM300 setiap satu kepada 30 pemenang bagi pusingan pertama dan kedua dengan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM10,000.

Menerusi peraduan ini, peserta telah memuatnaik video kanak-kanak yang terdiri daripada anak, adik atau saudara yang berumur bawah 12 tahun membaca ikrar Rukun Negara.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter