PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS FLIES HIGHWAY USERS FOR A MEMORABLE HELICOPTER RIDE

PLUS FLIES HIGHWAY USERS FOR A MEMORABLE HELICOPTER RIDE

AZHL5954Who would have thought, by simply registering as a PLUSMiles cardholder and providing creative comments for PLUS' "Ceria Sepanjang Jalan" contest, took three lucky PLUS highway customers to the sky for an exclusive helicopter ride in Kuala Lumpur, today.

As the main prize winners, Jalilah Towkuman, Mohammad Faiz Shamsuddin and Fatin Hamiza Baharin from Kota Damansara, Pagoh and Bukit Kampung respectively were flown on a helicopter for a memorable aerial view of Kuala Lumpur, courtesy of PLUS.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "The contest, which ran between 8 May and 27 June, offered registered PLUSMiles loyalty programme cardholders the chance to win attractive prizes. More programmes will be organised in the future."

Azman was quoted at the contest prize giving ceremony at Persada PLUS, today.

According to Azman, more than 1,000 PLUSMiles cardholders participated in the contest.

To participate, highway users were required to register their PLUSMiles cards at the PLUSMiles porat at www.plusmiles.com.my, PLUS customer service centres or via the PLUS Mobile Apps.

"We can see a consistent increase of 31 percent on PLUSMiles card registration when the contest was introduced. We are targeting more PLUSMiles card registration through future activities and campaigns as it is one of our initiatives to help the public to save on their highway toll expenses," Azman said.

Apart from the helicopter ride, the "Ceria Sepanjang Jalan" contest also offered other attractive prizes such as Huawei P10 smartphones, petrol vouchers, dashboard cameras and Bluetooth headsets.

There are currently 1.9 million registered PLUSMiles cardholders throughout the country.

Cardholders are entitled for a 5 percent monthly toll rebate (terms and conditions apply), including additional toll rebate during festive seasons as well as numerous benefits and privileges from PLUSMiles merchants and partners.

"A PLUSMiles card is a Touch 'n Go card and can be used for toll, carpark and public transportation payments as well as retail purchases. But it also offers cardholders more benefits through toll rebate, reward points and many more. Highway users can purchase and register their PLUSMiles cards at all PLUS customer service centres along the mainline," Azman explained.

PLUS Appoints Janna Nick as Brand Ambassador

At the same ceremony, the company also introduced local celebrity, Janna Nick as the PLUS Ambassador.

"The appointment is timely as it gels with our strategy to engage local celebrities to carry and deliver road safety messages to the masses. With Janna Nick on board, we are now able to deliver our road safety messages to the public effectively through the social media," Azman said.

Janna Nick's presence in the entertainment industry is huge as the celebrity currently has 2.8 million followers on Instagram. She was also voted as the most popular female celebrity in the country recently.

"We have appointed her as our ambassador not only to promote road safety, but also our highway service and products such as the PLUSMiles card," he explained.

PLUS BAWA PENGGUNA LEBUH RAYA NAIKI HELIKOPTER

Siapa sangka, dengan hanya mendaftar sebagai pemegang kad PLUSMiles dan memberikan komen-komen yang kreatif pada “Peraduan Ceria Sepanjang Jalan” anjuran PLUS membolehkan tiga orang pengguna lebuh raya PLUS merasai pengalaman terbang menaiki helikopter secara eksklusif di sekitar Kuala Lumpur, hari ini.

Jalilah Towkuman, Mohammad Faiz Shamsuddin dan Fatin Hamiza Baharin, masing-masing dari Kota Damansara, Pagoh dan Bukit Beruntung telah diterbangkan dengan helikopter oleh PLUS untuk menikmati pemandangan udara di sekitar Kuala Lumpur susulan kejayaan mereka muncul sebagai pemenang utama bagi bulan Mei dan Jun yang lalu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “Peraduan Ceria Sepanjang Jalan yang dianjurkan PLUS memberi peluang kepada pemegang kad PLUSMiles yang berdaftar untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh PLUS menerusi kad kesetiaan pelanggan PLUSMiles dari masa ke masa. Peraduan Ceria Sepanjang Jalan telah berlangsung di antara 8 Mei hingga 27 Jun lalu. Ini akan disusuli dengan pelbagai program lain yang akan dianjurkan dalam masa yang terdekat.

Azman berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Ceria Sepanjang Jalan di Persada PLUS, hari ini.

 


Menurut Azman, lebih daripada 1,000 penyertaan diterima daripada pemegang-pemegang kad PLUSMiles.


Untuk menyertai, pengguna lebuh raya perlu mendaftarkan diri sebagai pemegang kad PLUSMiles di portal www.plusmiles.com.my, pusat khidmat pelanggan PLUS dan aplikasi PLUS Mobile Apps.


“Sejak peraduan tersebut diadakan, kami mendapati terdapat peningkatan pendaftaran kad PLUSMiles yang konsisten sebanyak 31 peratus. Kami mensasarkan lebih ramai yang akan mendaftar sebagai ahli program PLUSMiles menerusi pelbagai aktiviti dan kempen yang akan dianjurkan selepas ini kerana ia merupakan salah satu daripada inisiatif kami meringankan kos perjalanan pengguna lebuh raya,” kata Azman.


Selain daripada peluang menaiki helikopter sebagai hadiah utama, Peraduan Ceria Sepanjang Jalan turut menawarkan hadiah-hadiah bulanan yang menarik seperti telefon pintar Huawei P10, baucar petrol, kamera dashboard serta set Bluetooth.


Pada ketika ini, terdapat kira-kira 1.9 juta pemegang kad PLUSMiles yang berdaftar di seluruh negara.


Selain daripada menikmati rebat tol sebanyak 5% (dengan syarat-syarat tertentu) setiap bulan serta rebat tol yang menarik pada musim perayaan, pemegang kad PLUSMiles juga berpeluang menikmati pelbagai faedah dan ganjaran istimewa daripada rakan-rakan PLUSMiles di seluruh negara.


“Kad PLUSMiles boleh digunakan untuk membayar tol, perkhidmatan letak kenderaan dan perkhidmatan pengangkutan awam serta pembelian barangan runcit sepertimana kad Touch ‘n Go yang biasa. Tetapi, ia menawarkan lebih faedah kepada pengguna lebuh raya menerusi rebat tol, pengumpulan mata ganjaran dan lain-lain lagi. Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kad PLUSMiles di semua Pusat Khidmat Pelanggan di sepanjang lebuh raya PLUS,” jelas Azman.

Janna Nick Kini Duta PLUS

Pada majlis yang sama, PLUS turut memperkenalkan selebriti terkenal, Janna Nick sebagai Duta syarikat tersebut.

“Pemilihan Janna Nick adalah bertepatan dengan hasrat kami menggunakan selebriti terkenal dalam membantu menyampaikan mesej-mesej keselamatan jalan raya kepada orang ramai. Dengan sokongan dan peranan yang dimainkan oleh Janna Nick, kami percaya mesej-mesej keselamatan jalan raya kami dapat disampaikan kepada pengguna lebuh raya dengan cara yang lebih santai dan berkesan menerusi media sosial,” kata Azman

Pengaruh Janna Nick di dalam industri seni negara amat besar di mana pada ketika ini selebriti ini mempunyai kira-kira 2.8 juta pengikut di laman Instagram. Beliau juga telah berjaya merangkul gelaran selebriti wanita paling popular beberapa bulan yang lalu

“Justeru itu, PLUS melantik beliau sebagai duta untuk bersama-sama kami memperjuangkan keselamatan jalan raya di samping membantu mempromosikan perkhidmatan lebuh raya dan produk PLUS terutamanya kad PLUSMiles,” jelas Azman.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter