PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home

Terma & Syarat Peraduan

TERMA & SYARAT PERADUAN INSTAGRAM #PERJALANANSELAMATDILEBUHRAYA

1. PENGANJUR & SYARAT KELAYAKAN

1.1 Peraduan Instagram #PerjalananSelamatDiLebuhraya ("Peraduan") ini dianjur oleh PLUS Malaysia Berhad ("PLUS" atau "Penganjur") dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada 1 Januari 2017 dan memiliki kad pengenalan (MyKad) yang sah serta bermastautin di Malaysia ("Peserta").

1.2 Mereka yang disenaraikan di bawah adalah TIDAK layak untuk menyertai Peraduan ini:

• Para pekerja Penganjur sama ada pekerja tetap dan/atau kontrak (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau

• Wakil, pekerja dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur dan vendor yang terlibat secara langsung dengan Peraduan ini (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka).

2. TEMPOH PERADUAN

2.1 Tempoh Peraduan adalah bermula dari 22 Disember 2017 (Jumaat) pada jam 12.00 tengah hari dan akan tamat pada 19 Januari 2018 (Jumaat) pada jam 12.00 tengah hari ("Tempoh Peraduan").

2.2 Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.

3. KATEGORI PERADUAN

3.1 Peraduan adalah terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:

Kategori A – Video Instagram Paling Popular dan;

Kategori B – Video Instagram Terbaik.

3.2 Kategori A – Video Instagram Paling Popular.

Peserta dikehendaki memuatnaik video tips keselamatan memandu di lebuhraya PLUS yang menepati Kriteria Peraduan seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 4.1 semasa dua (2) pusingan berikut:

• Pusingan Pertama : Jumaat, 22 Disember 2017 pada jam 12.00 tengah hari

hingga Jumaat, 5 Januari 2018 pada jam 12.00 tengah

hari ("Pusingan Pertama").

• Pusingan Kedua : Jumaat, 5 Januari 2018 pada jam 12.00 tengah hari hingga

Jumaat, 19 Januari 2018 pada jam 12.00 tengah hari

("Pusingan Kedua").

Tiga (3) peserta dengan video yang mendapat jumlah "Like" terbanyak akan memenangi hadiah wang tunai bagi setiap pusingan untuk Kategori A ini.

3.3 Kategori B – Video Instagram Terbaik.

Lima (5) finalis yang menepati syarat-syarat dari kedua-dua pusingan akan disenarai pendek oleh juri untuk berpeluang memenangi hadiah Video Instagram Terbaik.

3.4 Garis masa Tempoh Peraduan adalah seperti berikut:

No. Fasa Tarikh

1 Pusingan Pertama Kategori A dibuka. 22 Disember 2017

2 Penyertaan Pusingan Pertama Kategori A ditutup. 5 Januari 2018

3 Pengumuman Pemenang Pusingan Pertama Kategori A. 5 Januari 2018

4 Pusingan Kedua Kategori A dibuka. 5 Januari 2018

5 Penyertaan Pusingan Kedua Kategori A ditutup. 19 Januari 2018

6 Pengumuman Pemenang Pusingan Kedua Kategori A. 19 Januari 2018

7 Pengumuman Senarai Pendek Lima (5) Pemenang

untuk Kategori B. 19 Januari 2018

8 Penyampaian hadiah Pemenang Video Instagram Akan dimaklumkan kelak

Paling Popular Pusingan Pertama dan Kedua

diikuti Video Instagram Terbaik.

4. CARA MENYERTAI PERADUAN

4.1 Setiap penyertaan hendaklah menepati kriteria Peraduan berikut ("Kriteria Peraduan"):

i. Peserta perlu mempunyai akaun Instagram yang terbuka untuk tatapan awam;

ii. Peserta perlu mengikuti akaun Instagram PLUS (@PLUS_Malaysia / www.instagram.com/plus_malaysia PLUS Berhad) ("PLUS Instagram") dan mengikuti akaun Facebook PLUS Malaysia (http://bit.ly/2vOY9Uc) ("PLUS Facebook");

iii. Peserta dikehendaki menghasilkan video tips keselamatan jalan raya untuk panduan pemandu dengan cara paling unik, kreatif dan menarik yang turut memaparkan imej PLUS di dalam rakaman tersebut secara positif (sama ada dari segi produk / servis / kemudahan / logo PLUS yang berkaitan dengan PLUS);

iv. Durasi klip video haruslah tidak melebihi 60 saat;

v. Peserta hendaklah meletakkan tag "@PLUS_Malaysia" berserta semua tanda pagar ("hashtag") berikut: "#PerjalananSelamatDiLebuhraya" dan "#PSDL1" ATAU "#PSDL2" (mengikut pusingan peraduan) ("Hashtag Peraduan") pada setiap penyertaan / muatnaik video di akaun Instagram peserta. Hanya penyertaan yang mempunyai Hashtag Peraduan yang lengkap, betul dan tepat akan diambil kira;

vi. Peserta hendaklah memastikan segala aspek keselamatan dipatuhi semasa membuat pengambaran video di lokasi lebuhraya. Rujuk kepada "Dos and Don'ts" berikut:

No. "DO's" "DON'Ts"

1 Mematuhi semua peraturan jalan raya ketika memandu/menunggang di lebuhraya Tidak melakukan aksi atau lakonan merbahaya yang boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain ketika berada di lebuh raya

2 Memberi sepenuh tumpuan ketika memandu/menunggang Tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu/menunggang

3 Kenderaan hendaklah berada di kawasan yang selamat seperti di Kawasan Rehat atau di Hentian Sebelah jika melakukan pengambaran Tidak berhenti di kawasan yang tidak dibenarkan seperti di kawasan laluan kenderaan atau di lorong kecemasan untuk melakukan pengambaran

4 Pastikan rakaman video dibuat oleh orang lain dan bukannya pemandu/penunggang Jangan mengambil video 'selfie' ketika memandu/menunggang

vii. Video yang dihantar mestilah asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan, penerbitan, dan dimuat naik pada Tempoh Peraduan serta memenuhi Kriteria Peraduan yang ditetapkan;

viii. Peserta yang menghantar penyertaan video yang mempunyai muzik latar dinasihatkan untuk menggunakan muzik bebas hak cipta untuk mengelakkan daripada video anda disekat oleh pihak Instagram di atas sebab pelanggaran hak cipta;

ix. Sebarang penyertaan yang tidak menepati Kriteria Peraduan, terma dan syarat akan terbatal secara sendiri walaupun video yang dimuat naik adalah kreatif;

x. Video dan juga penyertaan tidak boleh mengandungi bahan yang memaparkan unsur-unsur fitnah, provokasi, lucah, ganas, politik, berdiskriminasi (berdasarkan bangsa, agama, keturunan, ketidakupayaan fizikal, orientasi seksual atau umur), menyalahi undang-undang (contohnya pengambilan alkohol di bawah umur, penyalahgunaan bahan terlarang, dan lain-lain), menyinggung perasaan, bersifat ancaman, menghina atau berbentuk gangguan.

4.2 Penyertaan adalah percuma dan peserta boleh menghantar seberapa banyak video penyertaan tetapi peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja. Jika penyertaan di peringkat Pusingan Pertama Kategori A tidak berjaya, peserta masih boleh menghantar penyertaan video baru di peringkat Pusingan Kedua kategori tersebut.

5. PEMENANG DAN HADIAH-HADIAH PERADUAN

5.1 Enam (6) hadiah ditawarkan kepada para pemenang Kategori A manakala lima (5) hadiah ditawarkan untuk pemenang Kategori B;

5.2 Para pemenang akan menerima hadiah-hadiah berikut:

Hadiah-Hadiah Kategori A - Video Instagram Paling Popular (Pusingan 1 & 2)

Hadiah Utama : 2 x Wang Tunai RM1,000.00.

Hadiah Kedua : 2 x Wang Tunai RM500.00.

Hadiah Ketiga : 2 x Wang Tunai RM300.00.

Hadiah-Hadiah Kategori B - Video Instagram Terbaik

Hadiah Utama : 1 x Telefon Pintar & Wang Tunai RM1,000.00.

Hadiah Kedua : Wang Tunai RM800.00.

Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM500.00.

Hadiah Saguhati : 2 x Wang TunaiRM300.00.

5.3 Pemenang Kategori A – Video Instagram Paling Popular akan dipilih berdasarkan jumlah "Like" melalui video yang dimuat naik untuk penyertaan;

5.4 Pemenang Hadiah Kategori B – Video Instagram Terbaik akan dipilih oleh panel juri dalaman Penganjur yang terdiri daripada Ketua Jabatan sebagai Ketua Juri dan Ketua-Ketua Unit Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad sebagai juri-juri yang lain;

5.5 Semua nama para pemenang yang bakal memenangi hadiah akan diumumkan pada 19 Januari 2018 melalui laman web PLUS dan akaun media sosial PLUS di Instagram dan Facebook.

6. PENGUMUMAN DAN PENEBUSAN HADIAH

6.1 Semua pemenang akan dimaklumkan melalui 'direct message' ("DM") oleh pentadbir media sosial PLUS (Administrator) ("Admin PLUS") di akaun Instagram pemenang berkenaan.

6.2 Jika Admin PLUS TIDAK menerima sebarang jawapan daripada pemenang dalam masa dua (2) hari bekerja selepas dimaklumkan, pemilihan pemenang tersebut akan terbatal dan hadiah kemenangan akan dilucutkan. Penganjur berhak untuk meneruskan pemilihan semula pemenang berikutnya yang layak dan Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan jika pemberitahuan melalui DM tidak diterima oleh pemenang atau pemberitahuan melalui DM tidak dibaca dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6.3 Pemenang yang telah dihubungi oleh Admin PLUS melalui DM dikehendaki untuk mendaftar penyertaannya dengan mengemukakan butiran penyertaan ("Butiran Penyertaan") menerusi DM.

6.4 Antara Butiran Penyertaan yang perlu dikemukakan bersama adalah nama peserta, nombor MyKad serta alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat emel.

6.5 Pemenang yang gagal menghantar Butiran Penyertaan ATAU memberikan Butiran Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak tepat dalam tempoh masa dua (2) hari bekerja dari tarikh kemenangannya dimaklumkan akan dibatalkan kemenangan dengan serta-merta.

6.6 Semua hadiah mestilah dituntut dalam masa tiga (3) bulan selepas tarikh makluman iaitu pada 19 Januari 2018. Tiada sebarang tuntutan hadiah boleh dibuat selepas tempoh ini. Untuk urusan tuntutan, sila hubungi Unit Pengurusan Media Sosial, Jabatan Komunikasi Strategik di talian 03-76664628 atau emelkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

6.7 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada' dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

6.8 Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

6.9 Semua keputusan yang diumumkan pihak Penganjur adalah muktamad dan tiada sebarang tuntutan atau pertikaian mengenai keputusan akan dilayan dalam hal ini.

7. LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB

7.1 Penganjur, syarikat-syarikatnya yang berkaitan dan bersekutu serta agensinya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).

7.2 Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.

7.3 Semua peserta bersetuju dan memahami bahawa Instagram tidak mempunyai sebarang penglibatan dengan Peraduan ini sama ada dari segi tajaan, atau penyeliaan. Instagram juga tidak terikat dengan apa-apa perjanjian dengan Penganjur dan/atau peserta Peraduan ini.

8. HAK PENGANJUR

8.1 Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Setiap peserta juga bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau video-video peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan video/sebarang muatan yang mereka telah sertakan untuk Peraduan ini. Peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.

8.2 Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta adalah dianggap telah membaca, memahami semua terma dan syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sama ada bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.

8.3 Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.

8.4 Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahihan peruntukan yang lain).

8.5 Setiap peserta bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami terma dan syarat Peraduan ini dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Peraduan ini, sila hubungi PLUS Admin melalui DM/mesej peribadi di medium media sosial Facebook dan/atau Instagram Penganjur.

8.6 Terma dan syarat yang ditetapkan untuk Peraduan ini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

9.POLISI DATA PERIBADI

9.1 Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta dan pemenang bersetuju memberi keizinan untuk penggunaan data peribadi dan butiran penyertaan mereka oleh Penganjur terhadap pengendalian Peraduan dan bagi apa-apa proses atau publisiti Peraduan dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa media.

9.2 Semua peserta dan pemenang juga adalah dianggap bersetuju terhadap semua Polisi Data Peribadi, Polisi Privasi PLUS, terma dan syarat dan keputusan Penganjur dengan menyertai Peraduan ini. (Untuk Polisi Privasi lengkap Penganjur, sila rujuk laman web Penganjur di http://www.plus.com.my).

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter